Cari Something?

Rabu, Februari 04, 2009

Ibu nak pergi mana?

Kebiasaannya, anak2 akan makan dengan abah mereka sementara aku buat kerja-kerja rumah - basuh pinggan.. lipat kain.. and such.. ini adalah untuk memaksimumkan masa yg boleh digunapakai.. ye la, Zeri ni kalau tak makan, nyusu je.. takpun, nangis nak ibu dok kat sebelah.. tp time makan mmg dia tak kesah aku kat mana sekalipun.. boleh?


Arakian, baru2 ni masa my other half balik bawak makanan, aku pun bersiap2 la nak turun ke bawah utk buat apa yg patut.. sekali tu, Amir bersuara,

"ibu, ibu nak pergi mana? Meh la duduk sini.."

Dan dia menepuk lantai suh aku duduk bersama Arif & Zeri yg dah sedia mengelilingi abah utk sesi makan beramai-ramai..

oh anakku.. terharu mak.. you simply amused me tau..



mais j'ai refusé. Sengal.


13 comments

Tiada ulasan: