Cari Something?

Monday, April 13, 2009

Pencarian Saga Artakusiad

Orang memberi, kita merasa.. orang berbudi, kita berbahasa.. cewah.. bukak kelas BM la pulak kan.. Lantaran hadiah hari jadi tempoh hari, maka aku bercadang untuk memberikan sesuatu yg aku rasa special la jugak utk si dia.. 



Yeah, seperti tajuk post, aku dalam misi pencarian buku-buku yg terkandung dalam siri Saga Artakusiad.. series written by Ahmad Patria Abdullah.. seorang penulis yg aku kenal menerusi Dewan Kosmik... Dewan Siswa (perhaps) masa zaman2 sekolah dulu.. The best thing is, buku2 ni banyak dah tak publish.. hua hua hua..


Dalam 7 buah buku, ada 2 sahaja yg dalam bentuk original.. Yg lain2 tu, copy version saja..


Seems like aku kena menjelajah byk kedai buku yg aku sendiri tak pasti ada ke idak kan.. jadik, di sini, kalau ada kawan-kawan yg terserempak dengan mana2 buku kat bawah ni, aku nak mintak jasa baik korang utk belikan buku tu.. boleh tak korang? boleh laaa ek? mintak tolong ni.. 


Antaranya, 

  • Permata Aurorius 

  • Petua Azkram 

  • Puteri Alindalia 

  • Pedang Aurora 

  • Bunga Arianur 

ada lagi 2, fan club Saga ni ada simpan yg original.. tp buatnya time aku nak beli esok takde.. makanya 2 lagi tu tajuknya

  • Kota Arialun

  • Kembar Artakus


Ada lebih kurang 2 bulan je pun misi pencarian ni boleh dilangsungkan.. kah kah kah.. ni pun dah ala2 last minute aku rasa.. kot takde yg terjumpa, aku pasrah je la bagi yg copy version... misi aku ialah nak dapatkan original copy sebanyak yg mungkin..



Thanks in advance utk kawan2 yg sudi membantu secara langsung ataupun tidak langsung.. tolong doa supaya aku senang dapat kumpulkan siri ni pun dah best dah..


19 comments:

Fid said...

tajuk2 tu bahasa melayu ka??

Ms Lola said...

WOw!!! Kenapa bila aku baca tajuk2 dia, aku terasa seperti dlm alam Harry Potter?

cysev3n said...

Fid,
ni mmg cite Melayu nyah...

Ms L,
tu la aku pun teruja jugak kalau dapat set ni.. ahAHhahahahhAHaa..

FAM said...

err...buka apa nih sebenarnya? manga ke?

mamaDhea said...

sungguh unik tajuk2 buku tu CY.. bak kata ML, ala2 Harry Potter gitu.

err, tp satu pon sya tak penah dgr laa.. :D

mamaDhea said...

btw, ape beza copy version dgn ori?

cysev3n said...

MD,
aku rasa novel..

Sya,
mak pun.. mak kenal author je.. dia tulis mmg best.. tp pasal saga ni, tak tau plak ada.. copy, i believe, fotostat copy :P

Crazee Choc's said...

wow!!1 sungguh klasik hang ni

KS said...

macam pernah dengar la pasal buku ni.. tapi di mana yaaa??

hhmm..

serius takleh nak ingat. tapi mmg pernah dengar!

cysev3n said...

cik Marisa,
klasik ke? kekeke.. ni belum sampai tahap hikayat lagi nyahh..

KS,
really? kalau you ada come across, tolong ye? TQ :)

SMM said...

sedikit trivia, mungkin cik yan dah tau, ahmad patria abdullah adalah anak kepada sasterawan negara abdullah hussain

cysev3n said...

cik Mynie,
heee.. serius mak tak tau.. thanks for the info :) no wonder dia tulis pun best.. kekeke..

aida said...

i bought 1 set saga artakusiad... buku no 2 - no 5 kat dawama publications.. tapi serius mmg dah lunyai habis bila sampai rumah, ok la tu, considering dpt yang original dan dapat diskaun tolak harga kos habis dah kot.. masa tu tak silap beli sebijik rm 4-5 sahaja.. (i bought it like 2-3 years back)

kalau buku no 1, mmg ada copy photostat saja.. dapat dari penulis nisah haji haron. dia webmaster ujanailmu.com.my mmg abang ahmad patria bagi kebenaran untuk kak nisah fotostat buku no 1 ni.. sebab dah takde versi cetakan

Lading said...

Assalamualaikum. Saya sedang mencari novel pertama Permata Aurorius. Saya sangat-sangat memerlukannya. Kepada yang memiliki samada salinan asal atau fotokopi....kalau boleh tolonglah saya! Kita boleh saling membantu dengan novel simpanan saya. TQ

khalid redza said...

sapa-sapa yang ada buku ke-7, legenda numerius, ataupun tau kat mana nak carik buku tu, tolonglah kontek saya, 019-7243414 khalid.

tnamran said...

Saya ada buku 1-6. Kalau sape2 nak fotokopi bolehla!. Ori takleh bagi, nak simpan buat koleksi. Untuk buku-7, saya tengah mencari, kalau sape2 ada...boleh tolong fotokopi?. Nak tunggu yang ori...tak tau bila lagi nak ulang cetak, sampai sekarang masih takde news!

cysev3n said...

aida,
saya dapat buku kembar artakus tu dari dawama jugak.. tp yg lain sume dah abis stock :(

Lading,
waalaikumussalam.. based on apa yg Aida bagitau, perhaps awak boleh beli dengan nisah hj haron..

Khalid Redza,
saya tanya elaira, dia kata buku ni belum publish pun lagi..

tnamran,
thats great :) buku #7 dengarnya belum cetak pun lagi.. saya baca kat artakus.my..

Anonymous said...

siri ni aku dah abih baca.. kecuali yang last skali tu la. ceritanya memang best.. ala-ala lord of the ring. tapi rasanya dia copy cerita lotr tu kut, dia tak sempat nak baca bab yang last skali kot, sebab tu dah tak keluar2 dah..haha

Azahemy said...

A'kum..

Saya memang dah bertahun cari buku2 saga artakusiad ni tapi tak pernah jumpa (walaupun kat pesta buku DBP). Saya dulu masa sekolah rendah memang minat gila kat siri ni.

Kalau sape2 yg sudi jual salinan fotokopi sekali pun, tolong contact saya ye.

My name is Azahemy, and you can email me at azahemy@gmail.com.

Thnks kay...