Cari Something?

Isnin, Mei 18, 2009

Ada Siapa Mahu Tambah $$$?

Taken from here.

Penambahan Simpanan Akaun 1

Kemudahan menambah simpanan Akaun 1 bertujuan untuk meningkatkan simpanan persaraan ahli di samping menerapkan nilai-nilai murni kekeluargaan. Ahli keluarga yang layak boleh membantu menambah simpanan persaraan ahli.

Kelayakan Memohon

Kemudahan ini melibatkan dua (2) pihak iaitu:

  1. Penambah Simpanan:

    Suami - sebagai penambah simpanan kepada isteri / isteri-isteri; ATAU
    Isteri - sebagai penambah simpanan kepada suami; DAN
    Anak / Anak-Anak - sebagai penambah simpanan kepada ibu / bapa / ibubapa.
    Penambah Simpanan boleh terdiri daripada warganegara atau bukan warganegara Malaysia.
    Penambah Simpanan tidak semestinya ahli KWSP.
    Penambah Simpanan boleh menambah simpanan kepada lebih daripada seorang Penerima Simpanan.

  2. Penerima Simpanan:

    Penerima Simpanan mestilah didaftarkan sebagai ahli KWSP.
    Penerima Simpanan mestilah belum mencapai umur 55 tahun.
    Penerima Simpanan mestilah warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap.
    Penerima Simpanan boleh menerima tambahan simpanan lebih daripada seorang Penambah Simpanan. <<<--- part ni mmg SANGAT menarik & tertarik.. hihihi..

Amaun Yang Dibenarkan Untuk Tambahan

  • Amaun minimum bagi setiap tambahan simpanan adalah RM50.00 dan tiada had maksimum.
  • Tambahan simpanan boleh dibuat pada bila-bila masa.
  • Tambahan simpanan bukan daripada caruman KWSP Penambah Simpanan.

Lain-Lain

  • Tambahan Simpanan akan dimasukkan ke Akaun 1 Penerima Simpanan. Simpanan ini hanya boleh dikeluarkan apabila Penerima Simpanan mencapai umur 55 tahun atau apa-apa pengeluaran yang dibenarkan iaitu Pengeluaran 55 tahun, Hilang Upaya, Meninggalkan Negara atau Kematian.
  • Penambah Simpanan tidak layak mendapat pengecualian cukai ke atas amaun yang ditambah ke akaun KWSP Penerima Simpanan.
  • Tambahan simpanan yang telah dimasukkan ke akaun Penerima Simpanan tidak boleh dikembalikan kepada Penambah Simpanan. <<--- tak boleh buruk siku tawww.. 
  • Penambah Simpanan boleh menambah atau membatalkan bilangan Penerima Simpanan sedia ada pada bila-bila masa tertakluk kepada kelulusan Pegawai KWSP.


12 ulasan:

Nur berkata...

err..mak & ayah saya x de KWSP..so x leh nk tambah..heheheh...:) tp kalu ada sesapa nk tambah, stadium bukit jalil sy tadahkan..ngeee...

ar.nie berkata...

menariks nie! =)

Zuhaini berkata...

ala.. adakah maknanya kena ada akaun KWSP..? hmm.. oh no....

Yan berkata...

cik Nur,
both my parents plak dah exceed 55 years old..

cik Arnie,
proposal bagus utk our other half.. tapi ISTERI saja la.. :P

cik Zuhaini,
penerima kena ada.. yg tukang bagi, takde pun takpe..

CiKaYu berkata...

menariks ni cik yan...

::Umi Sufira:: berkata...

Betul2 menarik sungguh..BTW, CY di TAG dan dapat award ye:)

MommyDania berkata...

harus ku copy & email ke MOH, tapinya nt dia email blk ke haku nih, cmne? kena tambahkan ke dia ke? sadisss

Masayu berkata...

info yang sgt menarik

Yan berkata...

cik Ayu,
mmg menariks.. tambah2 kalau kita ada byk tukang yg nak bagi :P

Umi Sufira,
TQ bebeh! nanti mak kutip!

MD,
tu namanya recipient unknown.. heeee..

Masayu,
bab2 $$$ ni mmg saya pantang lepa :)

p-na mama oja berkata...

wah, panjangnya entry... tp sungguh berinfromasi..

~mak bapak saya pn dah over 50++~

m-i-o berkata...

eheheh. bagus, bagus. eh, tapi mana lagi bagus, top-up masuk dlm KWSP ke atau ASB? haruslah ASB dividen lagi masyuk kan?

Yan berkata...

cik P-na,
alah.. amik dari website KWSP je..

M-I-O,
KWSP tu kan dia kata mengeratkan kasih sayang.. ha ha ha..