Baru-baru ini ada artikel menyatakan 1 juta tak cukup untuk bersara..
RM1 juta tidak cukup selepas bersara
Rakyat Malaysia daripada golongan sederhana memerlukan sekurang-kurangnya RM1 juta ketika bersara sekiranya mahu mengekalkan gaya hidup semasa.
Pengurus Negara ESG Direct Asia Pte. Ltd. bagi Malaysia, K. Sasitharan berkata, bagaimanapun jumlah itu sebenarnya hanya sekadar 'cukup makan' jika diambil kira kos perubatan dalam tempoh berkenaan.
Beliau berkata, berdasarkan tinjauan yang dijalankan mendapati hanya 10 peratus rakyat Malaysia yang memiliki simpanan yang baik untuk menghadapi zaman persaraan mereka nanti.
''Namun, simpanan tersebut bukan hasil daripada tabiat menabung tetapi sebaliknya disebabkan mendapat gaji besar sehingga menyebabkan simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mencukupi," katanya selepas mengadakan Seminar Khas Perancangan Kewangan sempena Minggu Saham Amanah Malaysia 2009 di sini.
Beliau berkata, sejumlah 10 peratus didapati menjadikan amalan menyimpan untuk menghadapi persaraan manakala 80 peratus lagi tidak bersedia langsung dan terpaksa bergantung kepada anak-anak.
lama sebelum itu ada artikel yg menyatakan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mempunyai caruman terkumpul berjumlah RM224 bilion sehingga Disember 2006 namun secara purata simpanan seorang pencarumnya yang mencapai usia 55 tahun cuma RM114,000.
Dengan simpanan sebanyak itu, seseorang pencarum KWSP yangbersara hanya mampu membelanjakan RM475 setiap bulan bagi membolehkannya menampung hidup sehingga usia 75 tahun.
Perbelanjaan RM475 sebulan akan meletakkan pesara berkenaan dalam kategori golongan berpendapatan di bawah paras kemiskinan.
Pendapatan orang yang dikategorikan miskin di Semenanjung kini ditetapkan RM530 sebulan, Sarawak (RM585) dan Sabah (RM685).
Sudahkah kita bersedia?
Kalau kita guna kalkulator yg ini, kalau saya ada 10K sekarang, dan saya mendisiplinkan diri simpan RM250 sebulan, selama 10 tahun (dengan harapan dan impian nak benti keje by the age of 40) dengan kadar dividen 5% (bley bayangkan la simpan kat mana ni kan), lepas tu tak kuar2kan duit tu selama 30 tahun, pada usia 60 tahun, saya cuma ada RM149,983.68..
mmg la tak masuk duit KWSP berbagai.. tp, TETAP tak sampai sejuta.. ha ha ha..
Mari kita berpindah kepada kalkulator yg ini pula..
Mari kita berpindah kepada kalkulator yg ini pula..
Let say saya nak ada sejuta ketika usia saya 60 tahun, dan sementara saya keje dalam 10 tahun lagi (sbb masih berangan nak keje sampai umur 40 tahun saja), dengan kadar dividen 5%, saya harus membuat simpanan secara lumpsum sebanyak RM223,826.60 ATAU simpan bulan2 sebanyak RM2,374.03.. 4 figure tu ye kawan2.. jauh bebenar dari RM250 yg saya letak awal2 tadi..
Maaf la atas entry sakit dada pagi2 ni.. Saya cuma ingin berkongsi dengan kawan2 tentang kalkulator tersebut..
Anyway, care to share where you invest? Be it UT, emas atau sebagainya.. Sebab, sudah terang lagi bersuluh menyimpan di institusi yg memberikan kadar 5% setahun tidak memadai..
29 comments:
memang sakit dada. aku ni belum kemana2 (savingnya) da sibuk benti keje.
aku rasa 1 juta tu xcukup sebab pas 40 tahun tu ngan laki ko pun dok umah. xkan gitu pulak kan, hee. insurans bila bley kuar, umur 6o eh? ntah2 dah jiun sebelum tu, ngeeeeeee
aah...sakit dada dh! institusi apakah yg 5% jek tu?
adehhh mmg sakit jiwa jantung raga sume...
harus kena insap bertobat ngan lebih jitu lagi...kena berposa online shopping dan merembat kain bagai
cy,
investment saya sgt low risk (therefore low return?) - UT (sikit je), emas, ASB & TH. the last two mungkin akan terpaksa dikeluarkan bila nak beli rumah nnt huhu.. (ye, kami belum ada rumah sendiri) takaful pula belum ada lg..
cik isz,
aku pun tak abis baca bila insurans bley bawak kuar.. kekeke.. ni kira utk diri sendiri je.. laki aku, dia kena kira sendiri la.. :P
MD,
biasanya TH la.. heee..
cik kaezrin,
KWSP 11% masyuk, orait lagi..
cik Mynie,
at least ada.. nak beli umah nanti buatlah calculation masak2.. kuarkan akaun II KWSP lagi untung ataupun kuarkan simpanan dari TH/ASB..
Yan,
ni yg aku penah aku buat sblm nih;
1) ASB loan - 50k
tp dah terminate sebab menurut FP, ASB loan adalah sangat merugikan
2) Unit trust - 10k with RM100 monthly top uo
again, dah tak top-up sebab menurut FP, unit trust di Mesia adalah pelaburan Unit No trust, so tgh tunggu masa nak jual bila2 masa yang sesuai
3) last sekali, aku berjinak2 dlm bisnes ceramic club secara kecil2lan, harap2 boleh bertahan sampai bila2. At the same time, monthly saving of RM4.6 dlm OD/ASB
tetiba plak pening kepala lepas baca entri nih. panadol mana panadol!
mak ai.. sejuta pun x cukup..? aiyo.. di manakah saya akan berada... :(
tp buat masa sekarang ni, saya x da unit trust ke apa ke.. cuma ada insurans je. (ada saving sekali..) dan saving kecil-kecilan di bank kecik2 ni je.. :(
CY,
emas sgt bagus in terms of dia boleh menjadi benteng drpd inflasi berbanding wang yg kita simpan.
masalahnya - emas tak mudah cair. dan sebenarnya bukanlah satu pelaburan yang betul2 memberi pulangan.
paling menguntungkan TETAPI paling berisiko ialah pasaran saham.
pelaburan yang paling menjamin dan paling disukai oleh jutawan ialah pelaburan hartanah - tp mana nak cekau hartanah kalau takdak duit, kan? kan? kan?
sekian, sekadar teori dari mak. bab praktikal mak baru nk start. kahkahkah :P
wallaaa CY.. mmg sakit dada n3 mung nih...huhhuhuuuu.. aku nih takat nih gigihkan diri simpan ASB jer tetiap bln. Tu laa simpanan yg ada beb takat nih. Walopun nanti dpt pencen tetiap bln, nak kena gak nyimpan byk2 kannn
Efi,
ASB loan mmg rugi.. btw, sejauh mana atau setakat mana kita patut percaya kepada FP?
cik ainie,
kekeke.. ampunkan patik..
cik zuhaini,
ini ditakdirkan umur panjang berbagai.. yela, time tu dah takde income.. kejenya mengikis duit yg ada je.. ha ha ha..
M-I-O,
tp emas stabil.. turun kejap.. then most of the time harga dia dok la tinggi.. bab hartanah mmg mak setuju.. kat sini lah kena berani nak berhutang utk membuat harta.. nak tunggu duit simpanan nak beli umah sebijik, sampai ke tua la tak berumah kaedahnya..
cik Intan,
yes.. tetap.. we never know whether duit pencen bulan2 itu cukup atau tidak utk tampung hidup kita di kemudian hari.. inflasi, sakit pening, sume nak kena amik kira..
erk.. 1 juta pon tak cukup ke?
sya baru je terminate ASB loan sbb dah cukup 3thn.. so, duit utk byran ASB tu boleh laa divert ke lain.. hmm.. mmg nak kena plan balik nampaknyer..
salam kak cy..
em, invest dalam ceramic ok kot..banyak gak blh dpt sebulan..saya br je join,xleh nak cakap banyak..tp based on experience kwn,mmg masyuk la..
Yan, kalau ko tanya sejauh dan setakat mana, aku tak mampu ler nak menjawab..ngeh ngeh
tp berdasarkan pengalaman yang lepas, aku belajar dari kesilapan
so harap2 kali ni tak tersilap langkah lagi..:P
CY, mak maksudkan dengan hartanah ialah memiliki sekurang2nya 2 buah rumah - baru boleh pusing2 modal dan kaut duit atas angin. tp, mak satu rumah (belum duduk lagi) yg dah stat bayar pun semput nyah! nak amik 2 bijik tak qualified pulak. kahkahkah!!
erkkk mmg sakit dada...aiya...tensen ini mcm..mana nak kejar sejuta tu...arghhhhh
Insurans ada tempoh matang.. cth kalau kita amik 15 tahun kan? Kalau kita kuar dr tempoh tu, kita tak dapat apa2... + rugi la kan? tak kisahlah amik insurans apa ke..
Sbb tu, keje kerajaan tak galakkan mencarum kat KWSP. Sbb zaman akan dtg, nilai duit makin kecik.. :( la ni pun dah terasa. Dgn nilai RM 50, 3 ekor ayam aje dapat! ah ah ah
Mgu Amanah Saham ari tu cuma nak galakkan buat loan aje untuk mencarum saham ASB ke, ASN ke, ASW ke! Nak bayar bulan2 tu yang semput.. + nak cover ekonomi skarang aje.. ihik
Sian terima kasih
CY, another thing about insurance.
apa yg mak baca ialah jgn ingat insurans tu utk menghasilkan duit. insurans hanya bertindak untuk mengalihkan risiko kpd pihak insurans saja dan supaya kita boleh tido lena just in case something bad might happen to us.
so insurans ialah utk perlindungan semata-mata. simpanan ialah simpanan. yg ada join package perlindungan & simpanan tu merugikan. yakah? mak tak tau sebab mak tak amik yg seumpama dengannya.
CY amik insurans?
mmg sakit dada!!
i last few weeks baca this one book called money sense.. sebenarnya bukannya nak baca sgt, tapi mencari bahan untuk public speaking.
mmg tersedar diri jugaklah bila baca buku tu. so mmg misi i skang ni untuk cut unnecessary expenses. harap2 berjaya lah.. fuhfuhhhh!! :P
Sya,
kalau boleh, laburlah di tempat yg bagi pulangan tinggi..
cik azma,
thanks for sharing :)
Efi,
all the best, friend..
M-I-O,
mencari rumah, yg penting, lokasi, lokasi, lokasi.. dgn lokasi yg tepat, duitnya pun tertepet.. kekeke..
CT,
sket2 lama2 jadik bukit :)
Pit,
thanks for sharing pasal minggu amanah.. ye la, bank pun semput.. tu nak suh org pinjam secara berjemaah..
m-i-o,
ye ada.. medical for me.. education for kids.. mmg ada saving.. tp kecik sangat portionnya.. still tak dapat nak lepas tangan when the time comes, cuma harap dapat kurangkan beban sahaja..
huargh...rasa nak pitam haku nyah! dah la mak gaya hidup bebas! eh..silap..gaya idup mewah tak sadar diri..wakaka :p
KS,
all the best to you bebeh!
Za,
ah ko.. bila kau dah sedar diri esok, sekejapan je bley kumpul sejota.. kekeke..
good entry!!! i copy paste kat my blog yaaa ;)
cik Queen Bee,
silalah :)
Yan,
tak sakit dada kalau kita start menyimpan dari awal...
may be some of your KWSP saving u can dump it into Unit Trust..
Bank Persatuan is another option...so far the dividen is around 10-13% year
I'm also invested in ASB and my company Koperasi with return 8%year. It's much more better that KWSP.
It's good if u have ur own financial advisor.
hi there,
sajer nak share ngan semua..i baru ambik Ambank nyer investment plan baru launch
reason being coz first it's islamic,second sebab i nak perbanyakan investment for future plan (rm1 juta winkwink) third coz disamping investment dia bagi 30 kali (from our investment) insurance coverage free(takyah pening nak ambik insurance lagi)bonus lagi and dividen like ASB...
if nak tahu lebih lanjut you can email me : neerlongchik@yahoo.com
hope this help =)
Tumpang baca. W/pun dah berkali2 di gegar dgn kenyataan ini..I salu wat2 lufer..ehehe..alasan utk soping.
So peringatan seperti ini adalah sgt penting utk org mcm saya..tq..
Salam..
Bagus betul entry ni..Just nak share..saya ni memang suka dengan duit (sape yang tak suka..???hikhik) Mcm2 la saya buat..jual itu ini secara kecil2 an..Mcm kalau saya aim nak beli sesuatu yang mahal, sya akan berusaha..tapi lepas dah dapat benda tu dah tak usaha dah...sampailah saya nak kahwin last year, memang memerlukan banyak duit.Pening kepala dibuatnya..lepas kawin lagi banyak nak pakai duit..satu hari mak saya hadiahkan sebuah buku "Jutawan dari planet Jupiter-Azizi Ali)..memang bagus sangat buku nih!!!!
so saya rekemen la kat sume org agar beli and baca..pastu aplikasi...
menurut penulis,:
bayar hutang , bayar hutang..bayar hutang...(ni yang lomah ni)
kita kena ada simpanan at least 3 bulan gaji.
Mcmana nak dapatkan lebih banyak wang...
Tips untuk menguruskan hutang, especially hutang rumah and credit card..
Pendek kata memang melopong lah bila saya baca buku ni...
Many good info...
Lepas baca buku tu saya terus ikut langkah pertama yang disarankan:tubuhkan perniagaan secara kecil2 an..
silalah ke blog saya
http://cjscollections.blogspot.com
wah..sempat pulak promosi..mintak maaf ye tuan rumah...
Kita patut try invest seawal yang boleh.. I masa gaji ciput I beli apmt murah.. bayar bulan-bulan 400 tapi boleh dapat sewa up to 600. Hubby beli apmt juga. After this pindah rumah baru (teres) apmt tu boleh sewakan. Buat potongan gaji masuk Tabung Haji & ASB. Now I'm considering personal loans yang rate murah-murah (ada yg 3.4% je yuols!) utk masuk dalam ASB. 50k ok kot. Nanti bila dah bersara insya Allah cukup. TU belum masuk EPF & insurans. Hubby & I ada insurans & the kids ada education insurance. Kena berani buat commitment investment ni kalau tak sampai ke sudah tak ada harta & saving.
Post a Comment