Cari Something?

Selasa, Mei 12, 2009

Keletihan

Sudah 2 hari monorel buat hal di petang2 time saya nak balik keje.. 1st time, Jumaat lepas.. tp takpe la.. dah namanya Jumaat.. kot penat sangat pun, next day nya tak keje.. TAPI, semalam pun jadik lagi.. monorelnya ada.. tp berdiri la kau kat dalam tu 10-15minit.. monorelnya tak bergerak2 dari stesen.. lampu isyarat dok merah memanjang.. apa masalah, tidak la diketahui..


sementelah jadik macam tu, dua kali juga saya amik keputusan utk ke stesen Titiwangsa despite of ke Hang Tuah sebagaimana lazimnya.. Hang Tuah kan hot spot.. kekeke.. koser nak bersesak2 OK..


Dah letih dok berdiri, monorel bergerak.. dari kejauhan berselisih dengan monorel kosong yg menarik satu lagi monorel di belakangnya.. rosak kot.. tp apa yg menyebabkan stesen di sebelah sini berhenti lama?


Masa di Medan Tuanku, berhenti lagi.. saya ni, kalau ikut nekad + keras hati + kuat langkah, nak je turun dari situ dan berjalan kaki ke LRT Sultan Ismail.. nasib waras lagi.. jauh weh! dah la time tu dah nak Maghrib.. gelap!


Dalam pada berkira2 jugak (masih ada hati nak berjalan kaki yg jauh itu), monorel bergerak lagi.. terus ke Chow Kit.. berhenti lama lagi.. dan akhirnya tiba juga ke Titiwangsa.. gedebuk gedebak, pukul 8.05pm saya tiba di pintu pagar rumah.. apa lagi, berkejar la nak perform Maghrib.. hinsh..


Nota kaki: Ingat nak pi website diorang.. nak tau jugak la apa yg terjadi.. yg ada ni je..





9 ulasan:

Zuhaini berkata...

siannya... monoreil, huh..? kalau naik benda lain x bole ke..? LRT ke.. etc.. sian cik yan... :(

knv berkata...

memang hangin la kalo gitu! kalo drive memang tak baloi ke yan?

Yan berkata...

cik Zuhaini,
monorail adalah penyambung kepada LRT utk ke rumah saya.. hua hua hua..

k Ana,
ya ALLAH.. saya tak reti drive.. tp petang2 mmg stress bawak keta kat situ k Ana.. kot nak amik teksi pun depa tak hingin!

mimielola berkata...

Kau letak widget baru tu ye?

mimielola berkata...

Dan aku ingat, gmbr under construction ni iklan nanang, BOLEH??? Puas aku try click td :|

Yan berkata...

Ms L,
aku rasa macam semak plak.. ha ha ha.. koser nanang buat iklan lagu tu nyah..

mimielola berkata...

Err.. boleh tak aku pun rasa gitu?

Erna berkata...

CY,
abg aku pernah tanya sorang shariah advisor nih pasal kemaslahan especially time terdesak kadang2 jam tak menentu (hujan/train rosak etc)
Menurut ustaz tuh, kalau dalam keadaan darurat, dan tak dapat diselamatkan lagi maghrib kita tu, waktu agak2 kita tak sempat nak maghrib waktu sampai kat rumah, kita dah bleh niat jamak. Tapi jamak di sini bukan jamak+qasar. Cuma jamak saja. Maksudnya, nnt dah sampai rumah kan dah masuk Isya' jadi kerjakan Isya' 4 rakaat, kemudian Maghrib 3 rakaat niat jamak.
Sama jugak bila aku tanya boss aku nih (kes kami pernah terperangkap dalam macet yang amat hebat di hiway haritu pergi apt abt 2hrs sangkut dr kl-shah alam waktu hujan masa tu time maghrib) dia pun kata boleh niat jamak dah.
Tapi ni atas sebab darurat sebenar lah ek..
Wallahu'alam.

Yan berkata...

Ms L,
aku dah slamat buang :P

buk E,
thanks for your input!! means, no need to qadha kan? hari tu ada baca, eh tengok dalam al-kuliyyah.. mmg ada certain situation dibenarkan utk jamak (not altogether with qasar).. pasal qasar mmg utk musafir saja.. anyway, thanks again! nanti aku try google lagi mana yg patut..