Cari Something?

Jumaat, Mei 15, 2009

Kepada Penumpang-Penumpang MH091

Anda diminta hubungi Kementerian Kesihatan.

Taken from here : http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Mutakhir/20090515171407/Article

KUALA LUMPUR: Berikutan pengesahan kes pertama influenza A(H1N1) di Malaysia, semua penumpang Penerbangan Malaysia MH091 dari New York, yang tiba di KLIA pada 7.15 pagi 13 Mei lalu, diminta menghubungi Kementerian Kesihatan kerana pesakit itu menaiki pesawat yang sama.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata penumpang boleh menghubungi kementerian menerusi talian 03-88810200 atau 03-88810300 untuk tindakan susulan.



Katanya kes pertama influenza A(H1N1) di Malaysia melibatkan pelajar lelaki berumur 21 tahun yang baru pulang dari Amerika Syarikat pada 13 Mei lalu dan mula mengalami demam, sakit tekak dan sakit badan semalam dan dimasukkan ke Hospital Buloh pada petang hari yang sama.

"Beliau telahpun diberi rawatan antiviral dan berada dalam keadaan stabil," kata Dr Ismail dalam satu kenyataan hari ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, yang sedang transit di London, untuk menghadiri Perhimpunan Agong Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Geneva, telah terdahulu hari ini mengesahkan kepada Bernama mengenai kes pertama itu.

Dr Ismail berkata Kementerian Kesihatan telah mengambil tindakan pencegahan dan kawalan termasuk menghubungi ahli keluarga pelajar itu dan sejarah komunikasi beliau dengan penumpang serta anak kapal lain dalam pesawat yang sama dengannya. - Bernama

4 ulasan:

Mrs Noba berkata...

adik ipar aku habaq kat aku tadik nih.
dalam husband aku demam ni kan, kadang risau jugak aku kalo2 demam psl ni.

Zuhaini berkata...

uiks.. bahaya tu! dgr pun katanya H1N1 da ada di malaysia ni.. :(

knv berkata...

scary betul!

:(

Yan berkata...

MN,
hopefully nothing serious..

cik Zuhaini,
dah ada 2 kes as of today..

k Ana,
yep! sangat scary..