1. Menerima gaji sepatutnya dan berbelanja kurang daripada pendapatan.
Peraturan asas ini nampak mudah tetapi hakikatnya sukar untuk dilaksanakan. Anda perlu tahu sama ada anda menerima gaji yang sepatutnya berbanding kepakaran, keupayaan, produktiviti dan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada anda.
Menerima gaji rendah daripada yang sepatutnya, walaupun RM1,000 setahun akan memberi kesan yang besar dalam jangka panjang. Tidak kira berapa gaji anda, jangan sesekali berbelanja melebihi pendapatan. Adalah lebih mudah untuk menyekat perbelanjaan daripada memperoleh pendapatan lebih. Berjimat walaupun sedikit boleh memberi kesan yang besar pada tabungan.
Aku takde komen. Sebab, mmg kita patut berbelanja KURANG daripada pendapatan.
Aku takde komen. Sebab, mmg kita patut berbelanja KURANG daripada pendapatan.
2. Rancang dan patuhi jadual perbelanjaan (bajet)
Rancang perbelanjaan anda. Anda tidak akan mampu berbelanja dan menyimpan pada masa yang sama tanpa perancangan kewangan yang betul. Anda perlu bajet walaupun pendapatan anda adalah beberapa ribu atau beratus ribu setahun.
I've practised this for several years. Mula-mula kerja dulu, aku practise letak duit dalam sampul surat yg dilabel - Makan, Sewa, Entertainment (boleh?) dan apa2 lagi la.. Bila buat macam ni, once dapat gaji, sekelepuk duit aku keluarkan dan isi dalam sampul-sampul tu.
But as time goes by, aku stop guna sampul.. instead, aku just letak nilai2 ni atas kertas/note dalam handset.. once aku belanja dari akaun tersebut, aku tolak.. so by end of the day, aku tahu berapa nilai yang tinggal dalam satu2 akaun..
Selain tu, aku juga ada file xls.. Sebelum dapat gaji lagi dah rancang budget utk bulan depan.. Berapa untuk parents, berapa untuk anak2.. berapa nak bayar babysitter.. bla bla bla.. sesetengah value adalah constant, dan ada sesetengah lagi variable mengikut baki bulan lepas dan sebagainya.
Style aku simple je. Aku peruntukkan sejumlah wang utk A. By end of the month, check, ada baki tak untuk peruntukan tersebut. Jika ada, separuh aku bawa ke depan, separuh lagi aku simpan dalam akaun A bersama-sama dengan peruntukan simpanan utk A pada bulan tersebut. Separuh yang aku bawa ke depan, aku satukan dengan peruntukan bulan hadapan. Aku buat macam ni sbb once ada duit lebih2 tu, bley la belikan baju ka, mainan ka.. apa ka..
Agak2 bley paham tak?
Selain tu, aku juga ada file xls.. Sebelum dapat gaji lagi dah rancang budget utk bulan depan.. Berapa untuk parents, berapa untuk anak2.. berapa nak bayar babysitter.. bla bla bla.. sesetengah value adalah constant, dan ada sesetengah lagi variable mengikut baki bulan lepas dan sebagainya.
Style aku simple je. Aku peruntukkan sejumlah wang utk A. By end of the month, check, ada baki tak untuk peruntukan tersebut. Jika ada, separuh aku bawa ke depan, separuh lagi aku simpan dalam akaun A bersama-sama dengan peruntukan simpanan utk A pada bulan tersebut. Separuh yang aku bawa ke depan, aku satukan dengan peruntukan bulan hadapan. Aku buat macam ni sbb once ada duit lebih2 tu, bley la belikan baju ka, mainan ka.. apa ka..
Agak2 bley paham tak?
3. Lunaskan hutang kad kredit secepat mungkin
Berterus-terusan mempunyai hutang kad kredit adalah satu kesilapan paling besar. Memang terlalu mudah untuk menggunakan kad kredit tetapi amat payah untuk melunaskan hutang dan akhirnya anda akan terus dibeban hutang yang BESAR! Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan Datuk Dr Hilmi Yahaya – Tahun 2004 - 1,397 pemegang kad kredit di isytihar muflis, 1,152 dalam 2003 dan 1,117 dalam 2002. Angka setiap tahun kian meningkat. Terdapat 150,000 bankrap setakat Februari 2005.
Aku sangat setuju dengan pernyataan ini. Berbelanjalah mengikut kemampuan kewangan kita. Kalau ada 1K dalam bank, belanjalah setakat itu, ataupun kurang, so that kita ada duit utk membayar balik CC apabila tiba masa yang ditetapkan.
Aku sendiri adalah pengguna CC sejak tahun 2004. Biasanya aku gunakan untuk dapatkan points so that lepas tu dapat redeem barang FREE.. :P dan juga mengelakkan bawak cash money yang berlebih-lebihan. Sekarang pun dah ada Debit Card, so mmg penggunaan CC bley la dikurangkan sangat-sangat.. Please aware, kalau kita amik installment berbagai, MAKE SURE kita ada duit utk bley bayar bulan2.. kalau takde, jangan beli.
4. Mencarum dalam pelan persaraan
Jika syarikat anda menyediakan pelan persaraan, jangan lepaskan peluang untuk mencarum. Jika tiada, pertimbangkan pelan atau skim lain yang disediakan untuk pekerja. Buka akaun dengan KWSP hari ini jika anda masih belum berbuat demikian.
Most of us dah ada KWSP kan? refer my posting b4 this, kalau takat ada beberapa ratus ribu dalam KWSP masa bersara nanti, mmg tak cukup.. considering kalau umur panjang and what nots.. Kita hidup mmg bukan nak menongkat langit ataupun nak bagi anak2 senang sampai ke tua.. TAPI at least, kita ada something, atau persediaan anak2 nak ke sekolah, ke universiti.. dan yg penting, kita tak guna duit persaraan kita utk tujuan biaya anak ke universiti. Duit utk hal2 ni, duit lain yg kita patut simpan dari sekarang.
5. Menabung
Pastikan anda menyimpan sekurang-kurangnya 5 peratus ke 10 peratus daripada gaji sebelum menyelesaikan segala bil. Cara paling baik, buat potongan secara automatik untuk akaun berbeza.
Its suppose to be at least 10% and MORE. 5% is way too little.. TAPI, lebih baik ada, daripada takde langsung. Kalau masih belum menabung, do it NOW. Start NOW.
I myself over enjoyed for the 1st year keje dulu.. Sesal tak menyimpan time tu, ada sampai sekarang.. ha ha ha.. imagine la, kalau simpan sebulan seratus, dah ada 1200, kan? Tak tau lah kenapa, aku masih rasa, simpanlah banyak mana sekarang pun, still macam takley nak ganti 1200 yg hilang tu..
Menyimpan dahulu. Berbelanja kemudian. Dapat tu?
Menyimpan dahulu. Berbelanja kemudian. Dapat tu?
6. Melabur
Pastikan anda membuat pelaburan – jika masih ada wang lebih selepas mencarum untuk skim pesaraan atau skim simpanan pekerja dan menabung dalam akaun simpanan dan saham amanah.
Please diversify places where you can put your money dan pastikan dapat pulangan yg lebih dari kadar inflasi. He he he.. Cite inflasi la pulak..
7. Tingkatkan caruman skim kemudahan untuk pekerja
Tambah nilai caruman anda pada skim kemudahan yang disediakan untuk pekerja seperti KWSP. Ia akan membantu anda mengurangkan pembayaran cukai dan membataskan perbelanjaan yang tidak perlu.
Semak balik borang BE korang.. apa yg bley kita belanjakan atau buat utk kurangkan potongan cukai.. Bukan lah nak ngelat dari bayar cukai, tapi kalau ia membawa kebaikan kepada kita, apa salahnya.. kan? kan? Bayar zakat adalah salah satu bentuk pengecualian cukai yg sangat digemari ramai.
8. Semak liputan insurans
Ramai orang membeli insurans dengan bayaran premium yang tinggi tanpa terlebih dulu menyelidik sama ada ia perlu atau tidak. Pastikan anda mempunyai insurans secukupnya tetapi pada masa yang sama tidak membebankan kedudukan kewangan.
I dont have much knowledge about this. TAPI apa yg aku tahu, insurans utk Amir yang aku ambil setahun lepas, mmg dah balik modal sangat2 masa dia kena hospitalised the other day. Perhaps this is applicable utk orang2 yg tak ditanggung oleh kompeni apabila tiba kepada perihal medical anak-anak.. Kalau korang ditanggung, lain cerita, ye? Then duit yg sepatutnya boleh ditumpukan utk hal2 education & what nots.
9. Kemas kini wasiat
Lindungi orang yang disayangi. Pastikan anda membuat wasiat tidak kira berapa sedikit pun harta anda. Kira-kira 90 peratus warga Malaysia tidak mempunyai wasiat. Masalah besar ialah tahap pemikiran yang beranggapan jika tulis wasiat hari ini, esok akan mati. Sebab itu masih ramai yang tidak membuat wasiat.
Damn, I dont have this yet. Ha ha ha.. Ketuk sket!
Last time masa AmanahRaya buat promotion, tak jugak pi buat2.. Yes, I seriously need to be ketuk-ed on this. Anyways, dekat website AmanahRaya ada link Will Online.. can be our 1st step towards will writing. No? They charge us RM350 per will writing.. Kalau ada tempat lain yg offer service yg sama with minimal fee (if any) please share :)
10. Simpan rekod kewangan dengan baik
Jika anda tidak menyimpan semua rekod perbelanjaan, anda mungkin terlepas pandang untuk mendapatkan pengecualian cukai untuk perbelanjaan tertentu. Contoh yang baik adalah resit untuk pembelian buku-buku di mana pemotongan cukai dibenarkan.
Yes, truly true.. Simpanlah segala mala resit yg berkaitan dalam satu file.. senang cite, file yg sama dengan file yg menyimpan pay slip kita.. pasal benda2 ni sume berkaitan dengan pembayaran cukai.. Resit bayar zakat, resit bayar education plan, resit beli buku.. resit.. resit buat thorough medical checkup.. dan macam-macam lagi..
Sekian dari aku yang bukanlah pakar kewangan yg bertauliah ataupun seorang graduan dalam bidang berkaitan.. Aku cuma share apa yang aku praktikkan dan sedikit sebanyak apa yang aku tahu.. Kot ada yang tersalah fakta, terkucil sana-sini, I'm open for discussion :)
16 comments:
Saya nak tau pasal wasiat. Ada pakcik ckp, even if dh tls wasiat, 30% je harta yg bole diwasiatkan. Yeke? Camtu baik takyah wat wasiat!
P/S: cy.
Saya 'seriau' sket tang wasiat tue. hihi.
Tapi, mmg kena buat, especially utk org yg ader anak2 perempuan yg ramai, atau sumer anak perempuan sahaja. Pernah terbaca somewhere about it. :)
Alamak,... No 10 tu lah yg paling aku "FAIL" (as in gagal, bukan file) sekali :P
pagi2 sudah disajikan dengan info yang baik. terbukak mindaku di pagi monday blues ini. tq CY!
aku no 10 tu cam lola masih fail bab filling,
info yang amat baik CY, mak cuba amalkan semua2 tuh muah muah muah
minggu lepas aku baru masuk 500 dlm asb, boleh lepas aku tranfer,ku dok kira dan berangan
500x12x10 tahun=60,000 makcik kayo muah muah muah kayo BERANGAN DULU.
padahal itu baru
i tang no 10 tu, awal2 simpan la. pstu dh semak samun dlm laci, abih ke tong la semuanya. my parents dlu wat wasiat bkn dgn amanahraya tp dgn agent dia. rasanya murah sket kut.
rasa nye kalau tulis wasiat pun.. pembahagian harta ikut cara Islam (apa aku tak reti sebut)...
memang wasiat akan terbatal jika wasiat melebihi hukum pembahagian harta ikut cara Islam ...
(sorry saya tak arif sgt... org arif agama bab ni mungkin lebih faham ....
tapi ni biase nye yg keluarga hubby cakap.. dan depa memang uruskan pembahagian ikut begitu...)
erk.. byknya nak kena catch-up.. :(
aramak CY, tak jadi nk ngantuk pepagi ni baca entry ni...tq for the info...!!
Cik Yan,
Saya suka pada peringatan2 perihal kewangan ni. Teruskan usaha cik yan! Caiyokk!!
i like this entry..
i have mostly of what u listed execept for wasiat proper..but i do have it listed in excel on what shud happened kalau i mati..sbb kes pegi haji 2 tahun lepas..so i listed everything for hubby and my dad to know...:P
kes simpan duit..masalah negara mak..i korekkkk balik..muahahahahah how meh???
kena copy n paste pastu simpan.nak baca time free baru buleh digest.hari ni opis mak ada audit.
cik yan
yang # 2 tu,dulu aku rajin buat masa slalu sesak nafas.bila dah lega sikit skarang ni,dah malas.heheheh.
bagus sangat sharing ni ;)..no 10 tu susah btoi nak konsisten cuma resit tolak cukai je yg on track hehe
Lyna,
eeee.. akak pun tak buat lagi.. camno nak cerita.. heee..
cik arnie,
kalau ikut faraid, anak ppuan dapat sikitttttt sangat..
Ms L,
takpe.. at least dah score 9/10 :)
ZZ,
my pleasure.. cewah!
MAA,
tu belum masuk dividen tiap2 tahun.. kau bley try kira guna calculator kat tepi blog aku ni..
MD,
aiks.. suppose buat direct dengan bos la lagi murah dak?
Za,
suppose AmanahRaya patut assist la org bagi harta ikut faraid, no? tak sume orang tau bpa persen utk si polan, bpa bahagian utk si polan..
Sya,
pelan2 kayuh.. janji gerak :)
cikAyu,
samo-samo..
cik elin,
xls protected tak? kekekeke.. btw, duit disimpan mmg utk dikorek.. hua hua hua..
cik farah,
aku terpaksa.. pasal, kalau tak, rasa macam tak lengkap.. apa kes ntah..
Farra,
iye.. resit yg ada kaitan dengan cukai je.. resit shopping mak pun tak simpan.. kekeke..
amanah raya tu rasanya tak perlu. tapi yg perlu ialah sepakat harta mana ke sapa. seelok mungkin, transfer nama siap-siap kepada nama sapa. if masih kecik, mungkin boleh transfer pada beneficiary dulu. apa-apa pun, aku dgn bangganya nak eksyen i have this covered. dua orang loyar friends memang dah disound if anything happen to me, this is the list of my properties and pls pass this to whoever.
Post a Comment