Cari Something?

Selasa, Jun 23, 2009

Azri @ 23 months

Hari ni dah genap Azri aka Zeri 23 bulan.. kalau dulu2 saya tunggu2 tarikh keramat 23hb utk ceritakan perjalanan penyusuan kami, ataupun untuk mengemaskini purata $$$ yg dibelanjakan sepanjang penyusuan utk saya jadikan motivasi kepada ibu2 di luar sana, (yes girls, sepanjang 20 bulan pertama nan indah tu, saya belanjakan RM28.92/sebulan), sekarang, nampaknya saya perlu pasrah dan aspek penceritaan perlulah berubah kepada hal-hal lain pulak..

  • Masih belum ada tanda2 untuk bercakap.. puas juga saya baca pasal tanda-tanda autisme dan sebagainya, tp Azri tersasar dari ciri-ciri yg dinyatakan. Deep inside, saya ada terfikir mungkinkah chicken pox yg saya alami ketika mengandungkannya dulu memberi kesan? Deria dengarnya berfungsi.. cuma saya teringin sangat nak dengar dia sebut "abah" ataupun "bu.."

  • Sekali-sekala dia ada menunjukkan reaksi rindu nak menyusu lagi.. sebak hati ni.. isk.. mampu pujuk je la dengan ayat "sayang... sayang.." sambil saya cium ubun2 dia..

  • Recently, ketika anak kepada mak sedara my other half datang kepada saya, dan mengoffer diri untuk dipeluk, tak semena-mena Zeri yg ada kat sebelah menangis dengan kuat.. teresak-esak.. alalalalala.. jenuh jugak nak pujuk.. jeles gamaknya.. dah la yg datang nak peluk ibu tu ppuan :P

  • Ada juga percubaan memberikan FM Dutch Lady 1 2 3 kepadanya.. tapi tak habis.. susu ibu masih yg tersedap dalam dunia ye sayang? How ibu wish, once adik #4 dah kuar nanti, Zeri sudi nak sambung nyusu dengan ibu..

  • Gemar pakai kasut yg lebih besar dari kaki dia.. abis kasut Amir & Arif jadik eksperimen.. kasut sendiri tolak tepi..

  • Makin menjadi-jadi tido dalam buai.. since dia tak bercakap lagi kan, dok tunjukkk je la.. ha ha ha..

Cukup2 la tu kan..

17 ulasan:

ainie aziz berkata...

ishh c.y nih, pepagi lagi dah bukak cite sedih tau. mak dah emo nih. sob sob!

ar.nie berkata...

Rasanya, biler adek dah lahir nnt, automatically Zeri xmoh tido buai dah. Rasanyalah (dari pengalaman sendiri).

Tapi, nak menunggu adek lahir tue, jenuh juga ya nak mengangkat masuk buai. Tambah2 bila perut dah besar nnt. :)

KS berkata...

dia nak manja2 lebih kot before adik dia kuar.. tu takmo cakap2 lagik.. biar ibu dia kerja keras sket pikir apa dia ndak :) insyaAllah ada adik nanti dia terus cakap ayat penuh dah! :)

::Umi Sufira:: berkata...

Itulah ragam nak dapat adik namanya Cik Yan...layankan ajelah sampai dapat adik nanti hilang sendiri esp tang nak tido buai tu kot...;)

nofaz_alin berkata...

cikyan,

my 2nd son tido dlm buai sampai 1 thn setengah je...coz masa tu perut dah boyot kan :D..

n umar now dah 2 thn 2 bln takleh ckp lg jugak..so no worries ler
yg buleh lid (walid), long (abg long), mi(ummi)....

MN berkata...

amni pulak suka sangat pakai baju abang dia!!!
dah la tak kena langsung!

Zety Zin berkata...

imran pun lepas 4-5 bulan adik dia lhir, dah tak tido buai dah. and masih belum boleh buat ayat, dan cakap hujung2 perkataan je eg kalau jalan jadi 'lan', kalau tido jadi 'do'. jadilah...

no worries ye cy.

sWeEtdARLinG berkata...

ada terdengar tips nak bg anak rancak bercakap, selalukan timang2 anak tu..

rasanya menjadi sebab zulfan dia takut bila di timang, jd saya jarang nak timang dia tinggi2... tapi Zulaikha mmg suka ditimang (saya sahaja), alhamdulillah, Zulaikha nampaknya mudah bercakap

CY3.5 berkata...

cik ainie,
tang mana yg sedih.. saya gelak2 tu ha..

cik arnie,
b4 ni buai tu hiasan saja2.. kekeke.. skarang ni yg menjadi2.. tukang angkat, encik MOH la kaedahnya.. :)

KS,
kadang2 sampai letih nak interpret apa yg dia nak KS oooi..

US,
iyolah.. mak layan je la ni.. hehehe..

UmmiNoor,
ada jugak buah butir tu.. tak sabar sungguh rasanya nak dengar satu patah pun jadik la..

MN,
apakah itu ragam utk menjadi seorang kakak? haaaa..

ZZ,
thats exactly.. ada hujung perkataan pun takpe.. ni mmg takde.. MN tau la camne kaedah si Zeri ni..

cik darling,
dah tak daya mak nak timang budak 10kg ni.. pimpin bley la..

mamaDhea berkata...

CY, zeri blom berckp lagi? serius?

klu pas bersalin nanti, zeri nak nyusu lagi, agak2 CY nak buat tak tandem nursing? saje je tanye.. :D

part tido buai tu, maybe bila dah tido buai zeri tak teringat sgt dgn nyusu kot sbb tido pon lebih lena.. :)

CY3.5 berkata...

Sya,
ini seriussss.. kekeke.. yeah, kalau Zeri sudi, mmg mak nak tandem nursing..

Marisa berkata...

fasal baby lambat cakap ni.... saya serius susah hati masa hakimi dulu. bayangkan dah masuk 2 tahun boleh cakap mama, babah n nak sahaja. Tapi automatic umur dia dalam 2 tahun sebulan ke 2 tahun 4 bulan.. terus dia boleh cakap dengan pantas sekali. Cepat je dapat... malah tak pelat dan sangat la banyak cakap lepas2 tu.... Yg 2nd pun sama.... cakap sket2 je baru....

MN berkata...

ah ko!! saja jer...tak de kena-mengena nyah..hahahah!

Sayang.Ibu berkata...

psl lom berckp lagi..kalo CY da cek sume ok.. x yah riso ler, my fren anak dia dah almost 3, lebih tua bulan dari my dotter,tp lom berckp juga.. ada budak mmg lmbt bercakap..
ahhh.. me sebak juga part zeri rindu nak nyusu lagik... ku sgt memahami nyahhh

CY3.5 berkata...

cik Marisa,
kerisauan saya ni mungkin berlandaskan faktor abang2 dia dulu dah ada buah butir.. by 2 years old dah bley sebut ibu fluently.. heee.. am i comparing my sons?

MN,
ada kena mengena aku rasa.. pre.. pre.. kekeke..

cik Intan,
nenek MOH kata, abah dia dulu pun jenis senyappppp je.. kuah jatuh ke pinggan la kot..

Along berkata...

zeri langsung takmo bercakap or cakap ala german? Macam Dina dulu, dia asyik cakap german...sepatah tak paham, sampai la umur dia 2 tahun lebih..sampai my mom soh bwk pi jumpa speech therapist...alih2, satu hari...ambik ko..speaking terus!!

bebudak ni kekadang, bile dia blum ready, dia blum nak buat...just keep trying to encourage him to speak..

CY3.5 berkata...

Along,
German wise very scarce.. most of the time, dia pegang tangan kita, dan bawak kita ke tempat yg dia nak, then dia tunjuk apa yg dia nak..