Cari Something?

Thursday, July 16, 2009

Hari Tidak Berbelanja

Lanjutan dari posting MommyDania, saya pantas ke Google untuk mencari maksud Hari Tidak Berbelanja.. amik kau, ketika posting ini ditulis, terpampang ada 932,000 results.. keh keh keh.. apa daaa.. dasar tak ikut perkembangan semasa betul.. pasal artis, laju je....

Hari Tidak Berbelanja ini diadakan bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada para pengguna agar memikirkan tabiat berbelanja mereka. Pada hari tersebut, para pengguna digalakkan agar tidak membuat sebarang pembelian yang tidak perlu.

Selain itu, melalui Hari Tidak Berbelanja ini, pengguna disaran agar dapat meningkatkan kesedaran tentang isu penggunaan yang berlebih-lebihan dalam perbelanjaan. Matlamatnya bukan untuk menyelesaikan masalah penggunaan yang berlebih-lebihan ini dalam tempoh satu hari sahaja, tetapi untuk mendidik pengguna membuat pembelian yang lebih berhemat sepanjang 364 hari yang lainnya dalam tahun tersebut.
kata mStar Online :P

Apapun, atas ketidaksedaran tentang kempen ini, saya telah berbelanja dengan banyaknya pada hari ini.. breakfast kat OTWC, lunch kat McD.. semuanya menelan belanja yg berganda-ganda berbanding hari-hari biasa saya.. apakah?

Presiden Cuepacs kata,

"Isikan hari tidak berbelanja itu dengan duduk di rumah sambil menjalankan aktiviti seperti membaca buku dan kita habiskan barangan yang masih ada (di rumah)," katanya di sini, semalam."

Kiranya malam ni mmg duduk diam-diam dalam rumah sajalah kaedahnya.. ha ha ha.. ataupun makan malam free kat umah sedara mara.. ngeee.. Moral tak kena tempat :P

Untuk yg terover berbelanja pada 16 Julai ini, boleh la amalkan tips2 ni utk esok lusa.. sbb malas nak C&P, sila baca sendiri kat sini..











Tapi, saya adalah seorang yang baik hati.. maka saya C&P jugak lah ye? beserta komen tambahan gitu :P


Bagaimana menyambut Hari Tidak Berbelanja?

  • Bancuh minuman anda sendiri pada waktu pagi;
    checked. bangga la tu!

  • Bawa bekal untuk makanan tengah hari / snek ke pejabat atau sekolah;

  • Makan di rumah anda daripada keluar untuk membeli makanan atau memesan makanan dari luar;
    dah kantoi dengan teruknya hari ini..

  • Berjalan kaki atau menaiki pengangkutan awam, dan bukannya memandu kereta;
    naik pengangkutan awam bukan berbelanja ke bang? beli tiket some more..

  • Merancang perjalanan terlebih dahulu untuk mengurangkan pembaziran bahan api;

  • Meluangkan masa bersama-sama keluarga dan kawan-kawan bermain permainan dalaman / melakukan aktiviti lasak;
    aktiviti lasak? weeeee..

  • Pergi ke perpustakaan untuk meminjam buku-buku;

  • Membuat satu senarai bahan-bahan mentah yang terdapat di rumah anda yang boleh dikitar semula atau mengubahnya menjadi sesuatu yang baru;
    bahan mentah yg buat masak tu kan? boleh kitar semula ye?

  • Memasak sesuatu masakan dengan menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di rumah anda;

  • Membuat kad atau hadiah sendiri untuk diberikan kepada insan yang tersayang;
    abah, tahun ni kitorang buat kad sendiri la ye?

  • Berkebun;

  • Tinggalkan semua wang, kad bank dan kad kredit anda di rumah;
    ini dah macam gelandangan..

  • Jauhkan diri anda daripada kedai-kedai;
    jauh.. jauh.. kenderaan berat CY3.5 nak laluuuuu..

  • Membuat satu inventori barang-barang yang telah sedia ada di rumah untuk mengelakkan membeli barangan yang sama apabila anda pergi membeli-belah kelak;
    baik.. cadangan yg saya sokong 200%

  • Menyebarkan mesej dengan memberitahu kawan-kawan anda di pejabat atau sekolah, tulis di blog anda, menghantar sms atau e-mel kepada mereka;
    eh, dah terbuat la plak.. secara tak langsung..

  • Membuat pertukaran pakaian dengan kawan-kawan anda. Kumpulkan baju-baju dan kasut-kasut yang tidak anda gunakan lagi di rumah dan menukarkan barang-barang tersebut dengan kawan-kawan anda. Barang-barang yang tidak mahu diambil oleh sesiapa boleh didermakan kepada badan-badan kebajikan;
    Sapa la nak pakai baju mak nii..

  • Menjadi tuan rumah dengan menonton wayang gambar di rumah anda. Anda boleh menonton cerita kegemaran daripada koleksi anda. Sekiranya tetamu yang datang ke rumah anda membawa bersama-sama makanan dari rumah mereka, ini dapat mengelakkan diri anda daripada pergi ke kedai untuk membeli snek.
    Sapa nak tengok Fast & Furious 4 kat umah saya malam ni?

  • Cari satu aktiviti percuma yang boleh dilakukan seperti pergi ke muzium, membantu komuniti atau menawarkan diri untuk meluangkan masa bersama orang-orang tua atau anak-anak yatim.
    Insaf sekejap baca statement ni..


Nota kaki: Dan² jugak kuar news naik tambang bas sekolah, bas henti-henti, bas ekspress & teksi.. kena sangat la ni..

5 comments:

Diana Sulaiman said...

nanti aku nak jawap gak soalan2 di atas.. ko gi blog aku lak tgk jawapannye eh? hehehe

Ms. Omey said...

owh..mane boleh xberbelanja langsung dalam 1 hari kan!

MN said...

khidmat masyarakat telah pun dilaksanakan... :)

p-na mama oja said...

Sib baik hari TIDAK berbelanja itu kena pada hari jadi saya?? sedangkan saya suka berbelanja...hihih

Ini adalah kerana... org lain akan belanja saya ..kikiik

cysev3n said...

Diana,
aku dah terjah.. heee..

omey83,
kena dok diam2 dalam umah makan maggi :P

MN,
tu mmg tak kuar belanja, ye dak?

p-na,
sabar je.. next year pun ada lagi kot.. hihihi.