Cari Something?

Friday, July 03, 2009

Have You Read The News?


Finally, ada news. So its not rumours after all, aye?
Apapun, kita tunggu dan lihat..




Jackson dikebumi cara Islam


Keluarga tunaikan hasrat Mikaeel, majlis pengebumian 7 Julai

LOS ANGELES: Keluarga ikon muzik pop terkenal Amerika Syarikat, Michael Jackson, dilaporkan berkemungkinan besar mengebumikan penyanyi itu mengikut cara Islam.

"Keluarganya menimbang pengebumian mengikut Islam kerana mereka percaya Michael mahu dikebumikan mengikut agama barunya," lapor laman web aceshowbiz yang memetik sumber sebagai berkata.



"Abang penyanyi itu, Jermaine atau nama Islamnya, Muhammad Abdulaziz, menerangkan kepada keluarganya mengenai pengebumian menurut Islam kerana berasa penting jenazah adiknya disempurnakan dengan cara Islam," kata sumber itu.

Di sebalik laporan terdahulu majlis memperingati secara umum dan peribadi untuk penyanyi itu ditetapkan pada minggu ini, tiada pengesahan rasmi daripada keluarga Jackson mengenai lokasi pengebumiannya.

Bagaimanapun, aceshowbiz turut melaporkan bahawa pengebumian akan berlangsung pada 7 Julai ini.

Raja Pop itu dilaporkan memeluk Islam pada November 2008 di rumah seorang rakannya di Los Angeles, beberapa tahun selepas menyuarakan minatnya untuk menjadi penganut agama suci itu.

Beliau kemudian menukar namanya kepada Mikaeel, sempena nama malaikat yang ditugaskan menurunkan hujan dan memberi rezeki.

Laporan menyebut, beliau duduk dengan memakai kopiah dan mengucap dua kalimah syahadah di depan seorang imam di kediaman rakan penyanyi itu di Los Angeles.

Jackson mengamalkan cara hidup Muslim sedikit demi sedikit serta membaca al-Quran dikatakan menjadi amalan hariannya, malah mengakui menemui kekuatan dan kesungguhan dalam menempuh pelbagai dugaan dan rintangan dalam hidupnya.

Jurucakap penghibur legenda itu memberitahu, pihaknya sudah mengesahkan kepada semua media di seluruh dunia mengenai kebenaran desas-desus mengatakan Jackson memeluk Islam.

Selepas penyanyi itu dilaporkan memeluk Islam, Jermaine memberitahu wartawan, adiknya mula tertarik kepada agama itu sejak 1989. - Agensi

14 comments:

Masayu Ahmad said...

semoga jenazah selamat disemadikan,
kesian juga pada jenazah
kena tunggu sampai berminggu2 untuk di kebumikan
Al- Fatihah

Mommy Harith Hannah said...

hmmm...

Along said...

Al Fatihah buat Arwah. Betul kata Mas, dah berapa hari dah dia meninggal. Seksa jenazah dia...sian lak.

Diver Mom said...

siannya dia..

Crazee Choc's said...

aku juga dengar berita pagi tadi.
Al-fatihah

ainie aziz said...

Seksa jenazahnya. Lama benor nak dikebumi. Tapi ye lah kan, dah bahagian masing2, Allah je yg tau!

Ms Lola said...

Inilah yg dikatakan "Hidayah Allah"

Nanak said...

Tuhan maha mengetahui..

cysev3n said...

girls,
saya sendiri tak tau nak komen apa untuk entry ni.. boleh?

MommyCT said...

alhamdullilah ...cepat2 le derang kebumikan..lama dah tu.

mamaDhea said...

beruntung MJ dpt hidayah ALLAH.. semoga rohnya ditempatkan bersama org2 yg beriman..

Queenin Murni said...

wow! btul juga rupanya rumours itu.. alhamdulillah..dia mati sebagai islam.. and dia tak sempat himpun dosa sebanyak dosa kita yg dilahirkan sebagai islam.. adeh!!! takut pulak saya!


anyway.. lama nyer simpan jenazah.....

m-i-o said...

bab lambat kebumi tu memang satu hal lah.

ya allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yg baik.

amin.

Diana Sulaiman said...

lama betul nak ambil keputusan nak kebumi cara mana ek? dah islam tu wat la cara islam..

tapi alhamdulillah.. itu yg kite nak, kebumi cara islam..

amin..