Cari Something?

Wednesday, August 05, 2009

Penapis Tak Berbayar


Nowdays, sejak anak² sudah semakin membesar bagai johan, kami perlu berhati-hati dalam percakapan.. bukanlah bermakna selama ni ayat² yg kami gunakan tu tergolong dalam kelompok yg tak sedap didengar.. tapi, kadang² terlepas jugak perkataan seperti "bodoh.." etc etc.. walaupun tak ditujukan kepada anak² ATAU di depan anak²..

Akan tetapi, amat penting ye kita sebagai ibu bapa untuk menjaga percakapan.. mereka belajar menerusi tindakan kita.. cara percakapan kita.. bak kata orang, mereka adalah cermin kita sebenarnya.. heee.. macam bagi syarahan la pulak :P



Anyway, la ni kan sibuk dengan H1N1..

So satu hari dalam perbualan antara di sini dengan si dia,

"Dah teruk selsema babi ni kan yang.. ramai dah yg mati.."

Tup², dengar suara Amir mencelah..

"Ibu, tak baik la cakap macam tu.."

Ha?

Maka, perlulah saya membetulkan ayat,

"khinzir.. khinzir.." ngeee..


Yg kau pun satu, rajin sangat sebut selsema babi tu apa kes.. H1N1 kan lagi senang :P

16 comments:

Ummu Auni said...

tapi kalau tak sebut selsema babi, nanti orang tak tahu punca dia. hehehe. kelakar la pula kalau babi je mesti nak cover dgn nama lain, macam kes virus nipah dulu :P

FAM said...

sy igt ada pelapis ustazah baiyah ;)

IntanSham said...

mmg laa nyah kannn.. kena bertapis2 bila ckp dpn budak2 nih..

abrahyn said...

my nephew kalo dgr cam tu dia akan cakap "doche tau ckp tu...nanti masuk api!" :p

Queen said...

budak2 nie fast learner...

pasal boikot hari th pun saya terkena..

beli nescaffe dalam tin tu sebab nak elak mengantuk masa driving, sampai umah mal diorang nampak..dah die kata saya nie bersubahat membunuh..

bila saya tanya nape..die kata sebab saya beli barangan israel...hahahha
tercengang2 tak tau cane nak explain...

cysev3n said...

Ummu Auni Afif,
tu le pasal.. letih la nak bersaintifik bagai sebut H1N1 :P

MD,
dah lama tak tengok ustazah tu.. hee..

cik Intan,
itu lah.. secara tak langsung mendidik diri sendiri jugak.. ngeee..

abrahyn,
vavavava.. tu mmg dah tahap advance.. saya dalam proses nak mengajar mereka takut kepada ALLAH, dosa & pahala.. so far belum la kuar soalan pelik²..

Queen,
tang tu depa tak tau lagi.. just masa depa beria² nak makan, kami kata, ramai orang la.. makanan dah abis la..

MS said...

tapi macam payah jek nak sebut H1N1, sebut menatang tue jugak yang laju kat mulut kan. ngerilah..kes tu makin teruk kat negara kita nie.

Anonymous said...

hehehe..pernah kena tegur dgn ac gak. mama x baik tau sebut "babi"... so tanya dia balik...nk sebut apa lak??? dia ckp..mama just ckp selsema B.A.B.I (eja tp jgn sebut gitu)...hahahaha sabar je la

kaezrin said...

harus bertapis ok..

laju ajer depa absorb ok...

Anonymous said...

kan best kalau boleh boleh censored automatik mcm dlm TV. mana yg tak elok terus bunyi *tut*.

KS said...

btol btol... budak2 skang ni peka btol!

cysev3n said...

MS,
mmg payah.. ngeee.. lepas ni ada discussion, kena masuk bilik :P

honeylanz,
oOOo.. eja takpe ek.. macam² tau budak² ni.. hihihi.. tp serius kiut :)

cik elin,
tu le.. nak kena beli penapis besar sket ni..

cik Aida,
since dah takde bendanya, terpaksa la *tut* sendiri :P

KS,
nampak sangat depa curi dengar org tua² bercakap.. ngeee..

MN said...

si aniq memang mat belia kan?
dia memang sebut H1N1. sebab dia takut kalo dia sebut babi aku marah.

lia said...

tang benda2 yg kureng elok mmg anak2 cepat tangkap... jd slalu la kami berbahsa jiwa bangsa d rumah ha3...

cysev3n said...

MN,
tak tahan la kau bahasakan si aniq mat belia.. kekeke..

lia,
itu lah pasal.. ngeee.. harap diorang pun berbahasa jugak la di mana².. bukan takat depan kami saja..

MN said...

nak buek camno nyah...dia mmg ayat skema. hahaha!
(tapi dia tak tau aku panggil dia mat belia)

:P