Cari Something?

Monday, August 17, 2009

Status Darah Sebelum Bersalin


Kita cite kronologi la dulu.. ha ha ha..

Masa saya nak bersalinkan Amir, kuar show around 8am. Bersalinkan dia 2.53pm..

Time Arif, saya kuar tanda / darah time Maghrib. Saya tak solat (sbb darah tu kan..) sampai le ke Isyak.. sampai ke Subuh esoknya, saya masih belum bersalin.. start contraction yg kaw² dalam pkl 8am.. 9.33am Arif tengok dunia..

Then, saya ada terbaca, menyatakan darah tu bukannya darah nifas atau darah haid.. So patutnya boleh solat.. heee.. so, masa Zeri, saya kuar tanda dalam lepas Maghrib gitu.. saya sempat solat Isyak in between contraction 30 minit.. then bergerak ke hospital..

Just untuk #4 ini, saya ingin kepastian.. google², jumpa ini..

Saya C&P untuk memudahkan bacaan.. tp kalau nak feel lebih, silalah ke link berkenaan ye?


Soalan

Jika seorang wanita sudah hampir bersalin, lalu terkeluar darah sebelum bersalin. Bolehkah ustaz jelaskan apakah jenis darah yang keluar itu, adakah ia darah haid atau nifas? Saya keliru kerana sudah tentu jenis darah akan berikan hukum berbeza. Terima kasih uztaz.

Jawapan Uzar

Ulama berbeza pendapat dalam menentukan jenis darah yang keluar itu, seperti berikut :-


Mazhab Hanafi & Hanbali : Ia adalah darah istihadah. Justeru solat masih wajib.

Sebahagian ulama Hanbali : Ia adalah darah nifas jika keluar sehari atau dua hari sebelum melahirkan anak. Jika demikian bermakna, tidak lagi wajib puasa (jika pada bulan Ramadhan) dan solat.

Mazhab Syafie : Ia adalah darah haid dari sudut tidak perlu solat, puasa dan haram untuk digauli suaminya.

Mazhab Maliki : Ia adalah darah haid jika keluar pada bulan pertama dan kedua mengandung, namun jika keluar darah itu pada bulan ketiga, keempat dan kelima serta berterusan lebih dari 20 hari, jelaslah ia darah istihadah.

Bagi penduduk Malaysia yang bermazhab Syafie, bolehlah bertaqlid dengan pendapat mazhab Syafie dalam hal ini. Iaitu ia darah haid. Pendapat mazhab Syafie ini boleh dirujuk dari kata-kata Imam An-nawawi di dalam kitabnya :-

Ertinya : "Apabila seorang wanita yang sedang hamil melihat darah (keluar), yang sesuai untuk dihukum sebagai darah haid maka terdapat dua pendapat yang masyhur (dalam mazhab Syafie), berkata pengarang kitab Al-Hawi (Al-Mawardi), Al-Mutawalli dan Imam Al-Baghawi dan lain-lain :

"Pendapat Syafie yang baru adalah ia Haid, pendapat Syafie yang lama, ia bukan haid. Telah sepakat ulama Syafie pendapat yang paling sohih ia adalah DARAH HAID" ( Al-Majmu', 1/412)


Sekian,


Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

1 Mei 2008


4 comments:

Nur said...

1st pregancy dulu x de kuar darah air ketuban pun bidan yg pecahkan..so x penah t'pk lak psl nih..tq yer cik yan!!

Queenin Murni said...

hmm... kata la kuar darah sikit, tapi tak bersalin2.. maknanyer, kena mandi wajib dulu la ek?

cysev3n said...

Nur,
saya mmg 3-3 ada show.. cuma time Arif je ada byk darah kuar..

QM,
eeee.. tak reti le mak nak jawab.. pasal ni pasal darah time hampir bersalin.. kalau ikut mazhab lain, masa awal² preggy diorang panggil haid..

Anonymous said...

has 2-2 ada show. tp mmg dah nk bsalin sgt2 dah...nampak aja darah tu..dah seram sejuk dah...