Cari Something?

Isnin, September 07, 2009

To Have Maid, Or Not


Si dia berkira-kira untuk mengambil pembantu untuk saya apabila #4 sudah selamat dilahirkan kelak.

Saya diamkan saja.. membantah tidak.. bersetuju pun tidak.. ye lah, kalau difikir-fikirkan, anak dah 4.. hantar kat makcik, takkan nak dapat rate yg sama dengan hantar anak 3 :D.. setiap pagi mesti terkejar-kejar nak hantar budak-budak.. kalau balik lambat, terkejar-kejar nak fetch diorang.. Amir & Arif pun dah besar.. hopefully mereka boleh jadi mata & telinga kami ketika kami tiada di rumah + keluar bekerja.. dan, hahaha.. harapan makin cerah la utk ibu & abah kuar berdating gitu.. tak payah susah-susah nak sneak out.. ni macam dah ke laut je dari niat asal ni..



Tapi, dengan latest news kata gaji minimum RM800 + cuti sehari seminggu, macam nak pikir 2-3 kali.. kenapa nak menangkan diorang saja?

Dengan bayar ejen sekian, then buatnya lepas 3 bulan depa lari.. hmmm.. balik-balik kita je yg rugi.. Ke RM800 tu, diorang bayar makan pakai sume sendiri? Sewa rumah sendiri? Ngeee..

Ni dengar ada nak buat kempen "Tak Nak Pembantu Rumah Yang Lari".. harusss mak buat database bergambar muka-muka maid yg pernah lari.. jangan depa buat plastic surgery bikin face off bagai, sudah..



More news about this - Reaksi Shahrizat and this - apa kata PAPA.

22 ulasan:

n.i. berkata...

pada i diorang tak layak gaji 800! k'jann diorang nampak yg seorang tu je kena dera... tapi yang 100 org lari tu apa?

kalau mmg kerja tip top squeeky clean tu xpelah jugak... tapi ni tak...

i pun tgh pecah kepala ni sbb maid habis contract akhir nov, xleh sambung sbb laki x bagi :-(

MommyDania berkata...

sy xsetuju jgk la byr rm800 tu. dah lain2 majikan tanggung. ibaratnya, cmpur segala perbelanjaan, dh blh cecah rm1500. dh mcm gaji keje opis.

Mama Adib berkata...

pendapat aku RM800 tu baru cadangan dan mesti di tolak, giler ke apa 800 sbln.

mamaDhea berkata...

sya pon baru berkira² nak amik maid thn depan bila rumah dah complete semua.. tp bila dgr kat berita tang gaji depa RM800 tu, terus cancel.. haih..

apepon, perkara ni patut dikaji lagi.. ni dah kira membebankan majikan laa pulak kan..

CY3.5 berkata...

n.i.,
itu lah.. wonder why kenapa majikan aka rakyat sendiri macam dianaktiri..

MD,
tu la.. kalau bayar RM800, lain sume kau tanggung sendiri, maybe fine.. otherwise, harus la potong² dari duit gaji.. tak dapat beb..

MAA,
agak² la kalau nak bagi cadangan pun kan.. ni sekali ganda dari yg dulu..

Sya,
nak dikaji tu tak tau la amik masa berapa bulan lagi.. hahaha..

ar.nie berkata...

Disebabkan maid saya tak faham BM sgt, kami akan tetap bayar "rate" sekarang sahaja. Takkan kerjaan nak buat spotcheck setiap rumah kot, whether kami follow minimum gaji yg ditetapkan or not? Ekeke.

honeylanz berkata...

pernah gak kami berkira² nk ambik maid. tp x jadi. mcm byk cont aja. tp dlm case cikyan yg dah nk masuk #4 tu rs mcm must have!

~ As ~ berkata...

maid aku la yg lari tu...
*&#$*#^%& betul maid aku tu...

ainie aziz berkata...

dulu masa nak dpt anak no. 3, ada jugak plan nak amik maid. tapi, isu tu hilang camtu je. sebab rasa macam ok je handle sume housechores walaupun kelamkabut skit la. tp kalau dah nak masuk 4 cam cik yan, ok sgt le kalau nak amik. nak hantar kat pengasuh pun dah berapa nak bayar kan. hehe!

Zuhaini berkata...

mahal kan...? all the best ya...!

CY3.5 berkata...

cik arnie,
ni mungkin applicable utk org yg baru nak amik maid? mak pun tak tau..

Has,
sbb byk cons tu la bertahan sampai ada 3 Husaini ni.. hahaha.. ni dah kata gaji min RM800, extra point la kot utk maidless gamaknya..

~As~
kita rugi gitu je ye dak.. takde sapa peduli nak bayar ganti rugi..

cik ainie,
setakat ni, mmg redha je bayar kat pengasuh sekian amaun.. sbb dia jaga pun, alhamdulillah.. sejak si Amir 6 bulan sampai dah ada adik 2 orang :) kira kan, kalau la makcik ni sanggup dok umah saya, harus la bagi RM800 tu kot.. hahaha..

Zuhaini,
terima kasih :)

miz_eda berkata...

akta ni dah berkuatkuasa ke blom? maid aku tu dah ler rajin tgk berita..kang nanti tak pasal2 dia mintak RM800 hujung bulan nih..naya makcik :P

to me, dengan rate RM800 tu, takat jaga anak aku 2 org..baik aku hantar taska je..lainler 3-4 orang ke..

Abrahyn berkata...

indon tu pikir kunun kebajikan maid diaorg jek...kebajikan kita sebagai majikan ni sape nak pikir...kita punye ganti rugi brg2 rumah yg dicuri, maid bawa jantan masuk umah, lari dari rumah bla bla bla...i mmg emo betul ckp pasal maid nih...tapi setakat ni maid i alhamdulilah...ape2 pun i tetap tak percaya 100% kat dia walau dia baik camne sekalipun

Fid berkata...

diaorg tak layak gaji rm800
tak yah ambik diaorg ambik org negara kita or combodia ka selatan thai ka...

Sayang.Ibu berkata...

boikot aje..kalo mmg berkuatkuasa

knv berkata...

akak yang bayo rm500 ni pun rasa macam nak tercekik. rasa tak baloi aje ngan kerja. sabo ajelah!

CY3.5 berkata...

Efi,
ni bukan akta.. cadangan :P tp dan2 plak latest news kat Utusan tadi kata benda ni tak dibincangkan langsung.. hmmm..

Abrahyn,
patutnya, negara kita la yg kena pk.. pasal depa dah pk kan kebajikan rakyat depa.. anyway, good for you sbb ada maid yg baik..

Fid,
yg tu, barrier dari segi bahasa la plak.. tp selatan Thai ada la kot loghat2 kelate dak?

cik Intan,
baca shahrizat kata? kalau gaji maid naik, besar kemungkinan byk ppuan benti keje jaga anak kat umah.. hahaha..

k Ana,
kot tetiba depa yg jadik tuan, terus pengsan :P

Fid berkata...

CY3.5
ya selatan thai ala2 kelate gitu
adik ipar aku Pattani mari
kejap ja dah leh speak loghat kedah...le ni dok selangor dah speak selangor dahhh..so no prob

Queenin Murni berkata...

well well.. alang2 tak jadi naik harga.. boleh la amik dah CY. heheh!

sy mintak maid kat husben kalau anak nak masuk 2.. hahaha! aci tak??

but rite now, response dia adalah a BIG NO NO NO.. sebab privacy yilek, n dia sgt tak percayakan maid. :P

CY3.5 berkata...

Fid,
apa kata adik ipar kau yg tolong bawak masuk maid dari sana? ngeee..

QM,
privacy yilek adalah salah satu punca kenapa kami maidless for the past 6 years.. tengok la QM.. we'll see la camne in the next 2-3 months..

Along berkata...

Boleh bagi RM800 tapi lepas tu potong duit sewa bilik, api air, makan. Nak tengok TV? Sila la beli yang lain yer..akan ku kunci semua channel2 indon kat Astro tu nanti. Nak sangat..lepas dah potong2 tu semua, ada kang yang tinggal Rm50 je..hahaha

CY3.5 berkata...

Along,
kalau macam tu, 2-3 maid pun bley amik.. ahahaHAHahAHaha.. adoi la hai..