Cari Something?

Monday, October 19, 2009

Dr Mahathir Kecewa Rakyat Malaysia Terlebih Gemuk


Itu la lebih kurang tajuk artikel yg saya baca lepas lunch tadi.

Ni ha artikelnya...

“Pada masa ini, orang yang obes amat ramai, malah semasa mereka berjalan, gear box (merujuk kepada perut) mereka turut bergerak dan dibuai dengan kuat.
“Ini tidak elok kerana jantung mereka terpaksa bekerja lebih kuat untuk menampung keadaan itu,” katanya.

Dr. Mahathir turut berkongsi panduan kesihatan dengan peserta kempen itu bahawa berat badannya tidak pernah melebihi 60 kilogram sejak mula-mula menyertai politik sehingga bersara.

60kg tu.. heee.. apa pun, obesiti ni ada kait rapat dengan berat badan DAN ketinggian kita jugak.. org kata, BMI.. Body Mass Index.. camne nak kira? Sila klik sini..

BMI Categories:

Underweight = <18.5
Normal weight = 18.5-24.9
Overweight = 25-29.9
Obesity = BMI of 30 or greater


Dalam keadaan saya yg cuma 160cm ini, beserta dengan berat preggy semasa 70kg, saya sudah masuk kategori OVERWEIGHT sbb BMI saya sudah jadi 27.3.. ngeee..

Maka adalah penting utk saya kembali ke berat sekurang-kurangnya 63kg utk memastikan saya berada dalam piawai Normal Weight..


Back to the article

“Senaman yang paling mudah dan ‘murah’ ialah berjalan kaki, sehingga sekarang saya amalkan kecuali jika terlalu sibuk, saya akan gunakan alat senaman treadmill. Saya juga angkat dumbell untuk kuatkan otot lengan. "

Haa.. makanya sesi lenggang kangkung Mak Limah saya ke Bukit Nanas tu je la senaman paling murah saya sekarang.. turun naik tangga dalam rumah sendiri pun dah malas.. bila perlu je.. haih..

Esok² #4 dah keluar, kena la rajin² dukung :P Tukar dumbell la kaedahnya.. Heee..


Apapun, sama² la kita berjalan ke sana ke mari ye kawan². Sayangilah jantung anda.. Mau pakai lama oooOoo.. teringat dah lama tak bikin ECG.. last buat, graph ntah pape.. berdebar tak hengat kaedahnya :P


Bebel petang hari,

7 comments:

Anonymous said...

mine 25.4
huhuhu.. degil tul lelemak nih

rina said...

saya sikit lg nk menghampiri overweight... adoiii

NeroEcha said...

Aku malu nak tulis tapi yg nyata dah tlebih pun

Diana Sulaiman said...

hmm aku la tu.. BMI dah tahap max.. hahaha

Mommy Harith Hannah said...

Eh eh, kita sama tinggi laaa... :)

p/s : "sejuk lemak" saya, CY tulis berat 63kg tue normal weight utk org yg se-group dgn kita. Meaning, saya lom overweight laa. hihihi.

cysev3n said...

Has,
sket je lagi.. 0.5 je..

rina-san,
masih dalam normal weight kan? heee..

Nero,
pelan² kayuh nyah..

Diana,
tahap max kategori mana? ngeee..

cik Arnie,
63++.. ngeee.. tp jangan sampai 64 kalau x silap..

mommy2h said...

saya tahap kurang sihat sbb terlampau underweight..huhu..doc pon marah dgn ayat sadis...u tak takut tulang u patah ker??huhuhu