Long time ago, I used "I" as ganti nama diri.
Later, it became "aku".
Tup2 jadi "saya". Haha.
Apa jenis transformasi ntah.
Tapi, pada pandangan anda, manakah yg kedengaran lebih mesra?
I, aku atau saya?
Siapa musuh utama kita?
12 hours ago
13 comments:
aku xde tukar2 nyah, sume aku bedal ikut sedap ati aku.
Mana lebih mesra? errrr, AKU kot :P
CY4.0
aku mmg bantai ikut sedap mood harian..wahahahahaa
aci ya kalau ketemu aku terus ber aku hang nah! walaupun dah lama 'kenal' tak pernah jumpa wahahahaa
rasanya aku 'kenal' CY sejak CY2.0 lagik!
umor Alis
aku kut. tp sometimes ikut mood ;)
ikut mood. Belasah sokmo.
aku la kot. tapi saya guna 'saya'. hehe. tak mesrakah?
tak boleh nak tukar 'aku' dari blog aku
errr. oleh kerana status kita bdua teman tapi tak sebaya - tak seswaii pulak la nak beraku engko ni.
nak sebut i-you rasa macam terlebih americano daripada american.
nak bahasakan saya-awak rasa macam terlalu formal.
jadi, dalam konteks antara kita berdua, lebih selesa pakai -
mak - nyah.
kan nyah kan? :P
apapun, mak tak kesah :P
hahha.. btol kata m-i-o..
lebih mesra-> aku. rasa mcm lama giler dah kenal.
i-> kadang2 rasa mcm poyo.
saya-> lebih sopan gitu. :p
tapi sy, mix n match, kalau tak tau nak guna apa, tulis in english sikit. Otomatik jadi i/me. hahah!
apa2 pon boleh cy!
tapi kalo menulis dalam blog sendri, i lebih suka guna aku sebab rasa lagi open.
tapi kalo borak2 dengan orang, tgk tahap kenal. kalo lama, gunalah aku. kalo baru gunalah i. saya jarang sekali kecuali untuk rasmi2 gitu kot :P
yan.. aku @ saya lebih mesra..
jgn ko ber I U ngan aku.. telinga aku tak leh terima hehhehe
i vote for saya:)..beb, jilasshh...jilashhh hang dh jadik SAHM... happy for u:)
i vote for 'mak'.... heee... lari topik
ladies, saya bajet nk guna "aku" in future. More "ME" i think.
Post a Comment