Cari Something?

Rabu, Januari 20, 2010

Ada Apa Dengan Alis

Mengejutkan Arif untuk ke tadika adalah antara perkara yg menyeronokkan.

"Arif, bangun. Pegi sekolah."

"Alis tak boleh bangun. Alis sakit."

"Tak baik cakap macam tu. Sakit betul2 nanti baru tau."

Bila kita bukak lampu, sakit mata. Bila terlanggar pintu, sakit kepala. Ada lagi satu. Sakit lidah. Yang ni tak dapat dikenalpasti sebab musabab.

Latest tactic dia, pejam mata & buat bunyi berdengkur. Hee. Ikut sapa la ni.

Seronok la sangat kan. Kot ibu kau ni kejar time bersiap nak pi keje, confirm jadi simba tiap2 pagi.

11 ulasan:

Marisa berkata...

hakimi hari2 pi sekolah tak pernah tak tido. mandi jgn ckp la.. mmg tak pernah. siap kwn2 dia kata.. hakimi ni kat rumah tak tido ke....

KS berkata...

alhamdulillah aiman mmg tak perlu dikejut byk kali. 2-3 kali terus dah bangun walopon mata tu kadang2 tak larat nak bukak. mandi pon sendri.

tapi i skang ni, kol 7 pon dah berpeluh2 macam lepas jogging kekdahnya.. :P

Fid berkata...

ALis
I love you!!! PANDAI!!!!
mmmahmmahhhh

n i bayangkan wajah ALis ketika ibu kejut ALis...Alis...

Zety Zin berkata...

sakit lidah sebab mulut penuh kot. bangun pagi la katakan. hehe.

KV berkata...

anak dara ku jugak marah buka lampu pagi2, sakit mata! Mengada ngada. Hihi

Mummy Harith Hannah berkata...

Bakal menantu nie, cerdikkk~!!! ;)

Hakim pula mmg akan bangun saing tatkala saya kuar umah pagi2 tue, tapi kena dapat dos tgk kartun se-round, susu sebotol, baru dia ada kudrat nak pi mandi. Hihihi. :P

MN berkata...

kah kah kah!!! SAKIT LIDAH????
mungkin aku boleh jadikan tu sbb utk aku mc plak.. LOL!

Mrs. H berkata...

Adakah semua anak2 sebaya alis akan memberikan alasan yg sama? Hehehe..

C!kpuanmuda berkata...

tu jugak tektik danish sekarang.. semenjak dah pergi skolah ni.. sabauu je la

Am berkata...

sakit lidah mmg lawak hahaha

Ms Lola berkata...

Budak2 ni kan, adaaaaaaaaa je akal