berdasarkan pengalaman aku.
Baiklah, hari ini genap 7 minggu sesi penyusuan eksklusif kami. Sepanjang tempoh ini, aku rumuskan bahawa aku perlu elak atau kurangkan
# cheese.
Muka Arissa akan naik ruam2 merah. Kalau aku makan mlm ni, menjelang tengah hari esoknya dah nampak kesan.
# seafood - sotong
Badannya merah2. 1st time aku bedal, cuma 1/3 seekor sotong. Ngee. 2-3 hari jugak la baru nak hilang kesan. Kalau makan sepinggan sotong goreng tepung?
# cili padi
Merasa la tukar diapers lebih kerap dari biasa. Usually lasted for couple of days.
# lada hitam yg terlampau
Aku terjah prosperity burger. Sikittt je. Melepaskan kemaruk tak tentu pasal. Tau la lada hitam dia camne kan. Haha. Bertaik mata esoknya.
Kesan2 ni biasa amik masa sehari atau kurang untuk menonjolkan diri (?) lepas aku makan benda2 di atas. Tapi, nak hilang, ya ampun. Minimum 2 hari la.
As of now, ada ruam2 halus seperti pasir di beberapa bahagian pipi Arissa. Makin kurang dari sehari ke sehari. Tp aku belum pasti apa puncanya.
Tu je la takat ni. Aku mmg makan benda2 yg aku bajet boleh bikin alergik pada kadar yg sedikit. Mcm mana aku bajet? Instinct, i guess.
Harap cik As & cik Has berpuas hati.
Cari Something?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
oh lada hitam pun boleh efek kat baby ye? baru ku tau.
dulu masa dalam pantang hari-hari makan lada hitam.
dulu baby saya ruam sy tak tau itu alergik...ahahaha...
ZZ, lada itam prosperity je. Yg kat umah, OK je.
cik As, kalau kita makan benda "panas" pun bley kuar ruam2 kat badan
zahra ari tu masa pantang akak hentam minum air rebusan halba sbb nak bagi banyak susu..dia terus cherry berry...huhuhu
yg jelas anak daraku ala2 puteri salju gitu..tak boleh panas..kalu hari tu panas yg terlampau, habis satu badan dia akan naik rashes..
ohh.. dah puas hati dah.. tq layankan request kami ;)
a ah.. aritu pun ada org x bagi saya makan pedas2 kalau nyusu anak..
dgn adam.. setahun lebih jugak la sy tak mkn seafood n dairy products. Yougurt drink, bun(yg ada susu) pon takleh.. Meleleh airliur tgk udang goreng kunyit bila pi tapau lunch. hehe!
Memula tu igtkan ruam susu, rupanya.. alergik nyah. lama jugak la baru discover sebabnya.. hahahah! ibu yg naif. :P
oh, kat pipi yg ada ruam2 halus tu memang kalo kita tanya kat nurse, dia akan kata itu ruam susu.
kata nurse, tiap kali lepas bf, sila lap/cuci pipi tersebut dgn air bersih.
mak cuba jugak, tapi tak berjaya. lama2 hilang sendiri.
k Eton, mak lupa pasal halba. Sama jgk la si anak dara ni. Tu pun dia x tahan
has, sama2
zu, nasib cili kering OK. Haha
QM, bab benda2 yg ada susu ni, x abis eksperimen lg
mio, mak silap. Ruam2 halus tu kat area dekat2 mata. Pelipis(?) baru raba ni. Pipi OK je.
hmm masa ainin dan aina dulu pun rajin ruam2 kat muka tu. walopun slalu cuci ngan air lps BF, ttp ada gak. maybe sbb kulitnya halus lagik kan...
masa pantang syira dulu, mak bidan soh minum air 'ibu kunyit' bagi rahim cepat kecut...am pun minum tp skit jer sbb xlalu...rupanya syira cirit-birit...mesti panas.sian sgt masa tu..
pastu abis pantang try tomyam.. perggh..nyesal xsudah sbb dia cirit gak... tp biji2 kat pp dia xde...
Post a Comment