Cari Something?

Wednesday, February 24, 2010

Lactational Amenorrhea Method (LAM) Duration Revised?

Kebanyakan ibu2 yang menyusukan anak2 mereka secara eksklusif bagi 6 bulan pertama mengambil kesempatan untuk tidak menggunakan apa2 kaedah perancang keluarga dengan adanya Lactational Amenorrhea Method (LAM).

Apa bendanya LAM ni? Bukan lam, nun, wau tu ye adik2. LAM ialah, er, mengikut kata encik Wiki

For women who meet the criteria (listed below), LAM is 98% - 99.5% effective during the first six months postpartum.[1]

  • Breastfeeding must be the infant’s only (or almost only) source of nutrition. Feeding formula, pumping instead of nursing[2], and feeding solids all reduce the effectiveness of LAM.

  • The infant must breastfeed at least every four hours during the day and at least every six hours at night.

  • The infant must be less than six months old.

  • The mother must not have had a period after 56 days post-partum (when determining fertility, bleeding prior to 56 days post-partum can be ignored).

Makanya, lepas 6 bulan atau tamatnya tempoh LAM ini, harus lah amik langkah berjaga2 sekiranya ingin menjarakkan kelahiran. Karang, tau2 je tak period, tapi perut membesar lagi untuk kesekian kalinya.

Baru2 ni (baru pun, takde la baru sangat) aku ada terbaca kat paper, ibu2 menyusu eksklusif hanya "selamat" untuk tempoh 4 bulan pertama sahaja. Vavava.

Lepas tu terus kena berjaga-jaga. Polis sentri, one two jaga. (tetiba). No longer 6 months meh?

Perhaps thats why masa aku breastfeedkan Zeri dulu, mmg ngam2 4 bulan dah start angkat bendera.. hua hua hua.. tak hal dia kuat menyusu pe.. dengan Arissa ni, tak tau la camne.. tapi macam dah nampak je bunga2 cinta nak start ovulation. We'll see la in few weeks time.

Dari meja seorang ibu yang tak pernah amik pil / suntikan / implan et cetera,
CY4.0

7 comments:

Mommy Harith Hannah said...

Saya merasa laa LAM tue, hihi, setahun++ xpeot. :D

p/s : Dari pengkomen yang turut tak pernah amik pil / suntikan / implan et cetera. :D

~ As ~ said...

saya pun tak pernah ambik pencegah... fully BF blh tahan 1 tahun pada saya setakat ini...heee ... sbb 1st baby 1 yo baru pregnant lg...

Anonymous said...

mee to.. x pernah ambik apa². cukupla Polis sentri, one two jaga.. hehehe ;)

FAM said...

LAM works for me too. 8mths tak dtg peot. then lps tu pandai2 jaga la. harap2 kali ni dpt la LAM ni lama2 sket.

pun tak amik pil, injection etc.

cysev3n said...

ladies,
dengan Zeri dulu, 4 bulan mak dah angkat bendera you all.. camno?

lia said...

saya 4-5bln da bendera merah wpon xclusive bf... ;p

sendiri jaga2 jer...

jugak xamik apa2 pil, suntikan etc...

IntanSham said...

owhhh... mak pulak ngan aina, LAM bertahan 8 bln, lps 3 kali bendera merah, sbb polis sentri 1 2 jaga pun mak x buat, maka menjadiklah ainin. ainin pulak..LAM berthn setahun..dtg jer bendera merah.. mak cepat2 pi pasang jerangkap samar (iucd) sbb x nak pisang berbuah berkali2.. hahahhaaa