Cari Something?

Selasa, Mac 23, 2010

Borak-Borak Pasal Breastfeeding

I had an online conversation (apa kes taip panjang2? tulis chat je takley?) with owner of Shawl We Wrap via FB recently. She's my old friend from school days.. Ngaa.. sudah berapa lama kita tatak jumpa?


Borak-borak.. terbabas kat bab2 breastfeeding.. kawan aku ni pun breastfeed anak jugak kaedahnya.. ntah2 3/4 borak pasal breastfeeding je.. ngaaa.. sakan aku jek.. dah la dia reader blog ni.. untung2 dapat shawl free lagi.. ahAhaHAHAHAHhaa.. anyway, dia siap ada experience bawak baby 3 months old (kalau tak silap aku) pi umrah.. jelesnya mak nok..


Dulu2, aku adalah jahil sangat bab2 breastfeeding ni.. seriously (tag line Grey's Anatomy).. time Amir, memang aku failed big time.. cuti tak abis 60 hari dah kena pi outstation.. sengal tahap gaban, pump gitu2 je then buang (iskk..).. sudahnya dalam 3 bulan je kot Amir merasa susu terbaik dalam dunia..


Lepas tu, bajet nak breastfeedkan Arif.. siap beli Avent ISIS.. sekali, nan ado.. knowledge ke laut, memang aku bantai campur.. by 8 months, Arif reject breastmilk secara total.. Padan muka aku.. dah la Arif ni lain sket perut dia.. susu tu takley.. susu ni takley.. memang padan sangat la dengan muka aku..


So, long before Azri came, aku siap tanam azam.. alhamdulillah.. urusan kami dipermudahkan.. syukur ke hadrat-Nya.. aku berjaya susukan dia sampai setahun 10 bulan.. kot susu ada lagi, harus le sampai aku bersalinkan Arissa gamaknya.. ngaa.. oh ye, angan2 nak tandem nursing adalah tidak berjaya sama sekali ye.. kalau aku pump, kena sorok2 then bagi je cawan tu kat dia, memang dia minum tanpa rasa bersalah.. kalau dia tau, memang dapat la tengok muka dia senyum2.. nak reject tapi tak reject.. tapi sudahnya reject..


Eh, apa aku nak cerita sebenarnya ni? Oh, alkisahnya.. masa majlis cukur jambul beramai-ramai hari tu, mostly ada yang dalam pantang.. ada yang baru lepas pantang.. tak semena-mena aku rasa sebak bila tengok budak2 eh, bayi2 itu disusukan dengan botol.. aku harap la sangat dalam botol itu adalah EBM.. berharapla sangat2.. dan2 tu jugak la dok berangan, "if i could turn back time.."



Later, bila dah abis majlis.. aku dukung la Arissa ke hulu ke hilir sementara tunggu jemaah solat Isyak.. Tiba-tiba,


"Berapa bulan dah ni?"
"4 bulan.."

Kemudian, aku terasa si tukang tanya pegang badan Arissa.

"Menyusu badan ke?"

"Ha-ah.."
"Keje?"
"Tak.."
"Patutlah.."



Aku yang tengah ngantuk & letih bagai mendukung si Arissa terus rasa macam segar bugar kejap.. Rasa macam nak menjawab.. tapi........


Nampak sangat la mentaliti masih banyak belum berubah. Seolah-olah hanya ibu2 yang dok umah saja yang menyusukan anak. If thats the case, kerajaan PATUT bagi cuti 2 tahun bergaji penuh pada ibu2 bekerja yang nak menyusukan anak. No?




Tambahan lagi.. tak hal masa aku breastfeedkan Zeri dulu DAN masih kerja, adalah jarang sekali dapat orang yang excited nak tanya, "eh, macam mana you buat ek? I pun teringin la.." paling tidak, "lecehnya.. " Ngaaa.. aku yang salah cerita ataupun?

12 ulasan:

knv berkata...

wo hoooo! sabarrrrr ajelah dihati ek bila tang 'patutlah' tu.

AizulFatma berkata...

Sokong cuti 2 thn tu CY..walaupun yg cuti 90hari tu pun tak lepas2 lagi..

my case pulak,bila g kenduri kendara ke jalan2 ke,kalau org nmpk saya breastfeed Hariz...nanti diorg akan tanye, menyusu lagi ke? sy jawab la ye...nanti diorg sambung...ooo tak keje la ni ye...saya jawab la saya keje...kdg2 ada jgk yg tanye mcm mana perah susu, simpan etc...

jadinye,mentaliti yg housewife je blh breastfeed anak masih ada..maybe diorg pun tak tahu skrg dah ada pam,cooler bag and segala perkakasan utk nak pam susu tu kan.

Jua Zulkef berkata...

haaa...aku pun dulu rasa macam sakit hati gila bila ayat hujung 'takpelah hang boleh menyusu. duk rumah je tak kerja'. mentaliti gini yang aku marah. kenapa nak kait keje dgn tak keje. kawan-kawan aku banyak yang kerja keluar gelap balik gelap masih sempat nak susu badankan anak sendiri.

lagi satu yang aku tak faham, kenapa orang-orang kat kampung mesti macam lawan-lawan nak tgk anak ko minum susu cap apa. setahu aku lah, orang kampung lah antara orang yg kuat support BF, tapi sekarang ni dah terbalik. Orang kerja yang duduk bandar lagi support BF. AKu balik kampung kat hulu banat sana nu mesti ada je sedara makcik kakak tanya 'anak hang minum susu tin apa? anak aku minum AnMUM'. 'anak aku tak suka susu badan, aku bagi je SNOW cepat je habis satu botol'.

NabilaHouse berkata...

laser sungguh makcik tuh.. mmg lah SAHM ada advantage dlm time BF ni, tp yg FTWM pun boleh BF jugak..

Kalau aku lah Yan, jawapan paling sesuai lepas 'Patutlah..' adalah
'Makcik, cuma ibu yang tk nak usaha lebih je bagi susu tin'.. Hehehe..

but my 2nd daughter yg BF tu bdn mmg slim and lean (tak tembam) compare to her sister yg terjebak minum fresh milk masa kat US dulu.. so, org ingat si kakak tu full BF, adik minum susu tin padahal terbalik..

Zety Zin berkata...

kalo mak, mak tanya balik,

'patutlah apa?'

Queenin Murni berkata...

luckyly, people around me semuanya support bf. siap kitaorg ada geng pump lagi kat opis. sambil pump borak2 tak hingat. hehehe!

but no doubt, masih ramai lagi yg takde ' bf awareness' ni. ehhehe!

Sayang.Ibu berkata...

hmmm...mentaliti org mmg susah nak diubah. feedback yg ku slalu dpt, mmg lecehlahhh tu...

Mynie berkata...

apa pulak tak kerja. kerja apa. from home. tp mmg sadis lah org itu..

KS berkata...

seriously????


haihh.. kesian kat depa...

Siti berkata...

fuhh Yan, berasap jugak tinge tu kalu denga gitu..

takpe lah orang nak kata ape pon, yang penting anak kita, susu kita, masa kita.. orang lain pedulik hape?!

aku pon case macam kau lah, #1 mmg hanyut - dapek BF dlm pantang je, #2 kejap je, semangat pam and everything tp masih jahil.. alhamdulillah #3 berjaya, now dh 9 bulan..

we can do it Yan!!

btw, apsal aku takleh nengok kau nye older posts?? and jgn terkujat nick aku bertukar jadik nama gadis ayu - siti sbb pakai gmail add hahhaha

MN berkata...

heh...aku memang berasap je dengar kalau ada org kata "Patutlaaa..."

As in, "Patutla ko masak, ko ada maid."

"patutla ko bfeed ko tak keje..."

"Patutlah dia boleh XXXX sbb dia XXXX"

macam hapa ntah!

lailasani berkata...

tak patut betul..!!!

mmg susah kalo dh memang takde kesedaran nih...

taktau ape org tu kate pulak kalau tau kisah kakak saya...
SAHM tp pam jugak utk bagi kat anak dia siang2 ari... malam je direct...

utk arissa ni moga dipermudahkan menyusu selama mana yg nak... INSYAALLAH