Cari Something?

Monday, March 08, 2010

Demam Campak Berjangkit?


A few days ago, Azri was suspected kena campak.. eh, demam campak.. turn out, ruam2 saja.. panas terlampau kat PD ni nok..

Anyway, sebab kerisauan tahap pertama itu, aku pun google.. hasilnya, aku berjaya mendapatkan ini.. Since dah ada info ni, tempek je la kat blog..




PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) mengklasifikasikan demam campak masih menjadi antara pembunuh utama kanak-kanak kecil, walaupun vaksin pencegahan yang berkesan sudah lama ada.

Tahun lalu (ni tak tau la tahun bila) saja 197,000 kes kematian akibat demam campak di seluruh dunia atau hampir 540 kematian sehari atau 22 kematian setiap jam.

Lebih 95 peratus kematian akibat demam campak berlaku di negara miskin yang kekurangan infrastruktur kesihatan. Vaksin demam campak dapat meningkatkan tahap kesihatan masyarakat secara keseluruhan dengan pengurangan 74 peratus kematian di seluruh dunia dari tahun 2000 hingga 2007.

Pada 2007, kira-kira 82 peratus kanak-kanak di seluruh dunia menerima satu dos vaksin campak sebelum berumur setahun melalui rutin perkhidmatan kesihatan — peningkatan 10 peratus berbanding pada 2000.

Untuk mendapat imuniti (perlindungan sepenuhnya) terhadap penyakit, setiap kanak-kanak memerlukan dua dos vaksin kerana hampir tubuh 15 peratus kanak-kanak gagal membentuk imuniti daripada dos pertama.

Dalam sejarah, demam campak pernah dipanggil pembunuh utama kanak-kanak. Walaupun vaksin campak ada sejak 30 tahun lalu, virus campak masih menjangkiti 50 juta kanak-kanak di seluruh dunia.

Tanda dan gejala

Virus demam campak mengambil masa tujuh hingga 14 hari (purata 10 hingga 11 hari) untuk membiak dalam badan sebaik ia menjangkiti seseorang.

Tempoh pembiakan ini dipanggil tempoh inkubasi dan ia boleh menjangkiti orang lain sebelum pesakit pertama mengalami gejala awal seperti ruam.

Gejala awal ini bagaimanapun boleh timbul daripada hari pertama selepas tempoh inkubasi. Gejala awal yang juga dikenal sebagai gejala 3C iaitu batuk (cough), koriza atau selesema dalam kepala (coryza) dan sakit mata (conjunctivitis).

Pesakit juga akan mengalami demam dan menjadi sensitif terhadap cahaya (fotofobia). Kebanyakan gejala biasanya menjadi lebih teruk selama tiga hingga empat hari sebelum kemunculan bintik-bintik merah campak.

Jika anda perhatikan, bintik merah ini mempunyai pusat berwarna putih kebiruan (juga dipanggil bintik Koplik) biasanya muncul dalam masa 24 hingga 48 jam dan berlanjutan sehingga dua hingga empat hari.

Bintik merah ini yang mempunyai garis pusat 0.1 hingga satu sentimeter biasanya akan muncul bermula dari muka dan belakang telinga. Dalam masa 24 hingga 36 jam dari kemunculan ruam, ia merebak ke seluruh badan dan hujung tangan serta kaki.

Pada peringkat awal bintik ini berwarna merah gelap dan menjadi semakin terang dan jelas dalam masa tiga hari. Kemudian ia menjadi pudar perlahan-lahan daripada keunguan kepada kuning kecoklatan selepas lima hingga 10 hari.


Aturan gejala campak adalah dalam turutan:

Hari 0 hingga 1: Ruam

Hari 2 hingga 3: Bintik merah (Koplik)

Hari 4 hingga 5: Ruam campak (timbul)

Hari 6: Bintik Koplik mula pudar

Hari 7 hingga 8: Ruam menjadi sangat ketara

Hari 10: Ruam mulai menghilang


Siapa yang berisiko mendapat campak?

Kanak-kanak kecil yang tidak diberi vaksin campak mempunyai risiko paling tinggi. Mereka juga berdepan komplikasi campak yang teruk, termasuk kematian.

Mana-mana individu yang tidak imun (sama ada tidak pernah mendapat vaksin atau baru sembuh daripada demam campak) juga boleh dijangkiti.

Penyakit ini boleh menjadi wabak yang membunuh di negara yang mengalami bencana alam atau peperangan. Kemusnahan infrastruktur dan perkhidmatan kesihatan akan mengendalakan rutin imunisasi; meningkatkan risiko jangkitan kepada penduduk yang terpaksa tinggal bersesak di kem perlindungan.


Jangkitan

Virus demam campak sangat mudah berjangkit melalui batuk, bersin dan sentuhan, terutama pada cecair hidung atau mulut individu yang dijangkiti.

Virus ini akan kekal aktif dan boleh berjangkit walaupun terapung-apung di udara atau ada di atas mana-mana permukaan selama dua jam.

Virus ini boleh dipindahkan kepada orang lain empat hari lebih awal sebelum pesakit mengalami gejala pertama atau empat hari selepas ruam muncul.

Jika berlaku wabak, demam campak boleh menyebabkan banyak kematian, khususnya di kalangan kanak-kanak kecil dan tidak cukup zat.

Di negara yang dapat mengatasi penyakit ini, kes demam campak biasanya kes ‘import’ iaitu dibawa oleh penduduk negara lain yang menjadi punca jangkitan di sana.

Sesetengah kajian menunjukkan vaksin ini hanya boleh memberi perlindungan kepada individu yang mudah dijangkiti jika vaksin itu diberi 72 jam selepas terdedah kepada jangkitan.


Komplikasi

Antara komplikasi yang dialami pesakit akibat demam campak ialah:


  • Cirit-birit

  • Jangkitan telinga

  • Pneumonia (radang paru-paru)

  • Keradangan otak

  • Sawan

  • Kematian


Kira-kira 20 peratus daripada kes demam campak yang dilaporkan mempunyai satu atau lebih komplikasi. Komplikasi ini lebih lazim pada pesakit kanak-kanak berusia kurang dari lima tahun atau orang dewasa melebihi 20 tahun.

Ia menyebabkan jangkitan telinga pada satu daripada 10 kanak-kanak yang menghidap demam campak. Satu daripada 20 kanak-kanak yang demam campak mengalami radang paru-paru dan satu daripada 1,000 kes mengalami keradangan otak.

Keradangan otak ini boleh menyebabkan sawan dan kanak-kanak boleh menjadi pekak atau terencat akal. Lebih menyedihkan, satu atau dua daripada 1,000 kanak-kanak yang mengalami demam campak meninggal dunia.


Rawatan

Komplikasi serius boleh dielak melalui penjagaan rapi dengan mendapat makanan berzat, cukup air dan rawatan dehidrasi (bagi menggantikan cecair serta garam galian yang hilang daripada cirit-birit dan muntah).

Doktor akan memberi antibiotik untuk merawat jangkitan mata, telinga dan paru-paru — yang mesti dihabiskan semuanya.


Pencegahan

Demam campak boleh dicegah dengan suntikan vaksin kepada kanak-kanak, terutama di negara yang banyak kes dan tinggi kadar kematian akibat penyakit ini.

Vaksinasi kanak-kanak menjadi kunci kesihatan masyarakat kerana ia secara tidak langsung boleh mengurangkan kematian kanak-kanak dan orang dewasa. Vaksin campak adalah murah, selamat dan berkesan.

Ada ibu bapa bimbang apabila tercetus kontroversi kononnya vaksin MMR (campak, beguk dan rubela) boleh menyebabkan masalah autisme pada kanak-kanak.

Sebenarnya ia tiada kaitan langsung. Kajian di United Kingdom mengesahkan, virus atau tahap antibodi campak yang dikesan pada kanak-kanak autisme dan normal (kumpulan kawalan) tidak berbeza, sama ada mereka mendapat satu atau dua dos vaksin MMR.

Jadi jangan perjudikan kesihatan anak anda hanya kerana kebimbangan tidak berasas ini.

10 comments:

Ms Lola said...

Selesema dlm kepala?????

Diver Mom said...

demam campak ni kan, kalau depa masukkan dalam suntikan time budak2 tu kan senang :) saya prnah tanya klinik swasta, dalam rm200 kot, kalau nak suntik kat babies.. huhu :( mahalnya...

Anonymous said...

dulu2 org kata kalo demam jgn mandi...tp skrg mak sy pn marah kalo bdk2 dmm x mandi..dah la xda slera makan/minum(susu)...x mandi..mau nya rentung bdn budak tu x cukup air...
cuma time mandi tu d jaga la...jgn lak d mlm hari ke kan...xpun soh berendam smp sesema..hehehe
ank2 saya dmm panas, lps mandi x d lap...tu pn skejap je kering..tu tandanya panas dlm terlampau2...sian diorg kan...
(terklua tajuk ke?)

Anonymous said...

opss ada tertinggal...
masa tu ank sulong kena campak 2thn 3bln (rasanya)...ank kecik masa tu 6bulan...main pass batton derang...yg penting cukup air dlm badan sbb derang xda slera mkn/minum...sbb kat mulut pun kena...panas terlampu kang kena sawan tarik lak...na'uzubillah...

ejaMaria said...

betul demam campak bole berjangkit kalau tak de imunisasi... tapi klu dah pernah kena, takkan kena lagi... vaksin campak ni skrg dah murah, kurang dari RM100 banyak klinik dah ade... bagus klu amik utk baby dan anak2 yg belum kena demam ni...

cysev3n said...

Ms L,
aku pun tertanya-tanya..

Zu,
hat yg MMR tu bukan ke? heee..

Miss A,
oh yes.. bila demam la lagi byk kali nak kena mandi kan..

eja,
la ni mak confuse.. MMR utk campak kan? no?

@nozieyusof said...

dengan rsminya nk bgtau..

sy nk tukar URL blog

pindah ke

http://uadoreme.blogspot.com/

org kata WP lembabs maka aku pon pindah la ke sana

ok

c u there

=D

cysev3n said...

NY, baik.. mak update bloglist :)

scudmami said...

campak = measles.

vaccination MMR (measles, mumps, rubella) -- wajib @ 12 months..

Yan, maybe heat rash je or viral rash... common gak. Hari tu Faris pon kena, ingat measles la.. tp tak typical pon.

The rash usually starts dari atas pale, then merebak ke bawah and hilang pon dari atas pale...

dulu dlm buku, illustrate gamba budak kena curah cat merah (cat merah represent the red rash), curah dari atas pale, so akan turun ke bawah and cat also hilang dari atas dulu baru bawah2 hilang... lebih kurang gitu la rash tu start and hilang...

HTH

cysev3n said...

Norl,
thanks bebeh. I lap you. Sakan kau short form ek. Apa aku nak reply? TAL? Ngee.