Cari Something?

Friday, June 17, 2011

First Timer

Semalam adalah birthday my other half.


Beberapa minggu lepas ada aku tanyakan padanya, hadiah apa yang dia mahukan.. wahh.. bajet aku ada banyak la duit kan.. sila sedar diri bahawa anda adalah SAHM :P jawapannya, biarlah rahsia.. hak hak.. ok lah, since dia taknak apa-apa dalam bentuk material, maka duit yang aku peruntukkan tu aku bawak joli beli smurfberries kat Smurfs Village dan katil kat My Clinic :P




Tup2, beberapa hari lepas dia request kek! Makkk.. seumur idup aku buat kek, tak pernah jadik! bantat, bantut, mendap dan yang seangkatan dengannya lah..




Gelabah mode is ON.




Apa lagi, sibuk la aku bertanya pada sifu masakan tersohor di twitterville antaranya @ks dan @laveiinder. Paling penting ialah resepi yang tak perlukan mixer ye. Sebab aku ada manual mixer aje, iaitu tangan nan dua ini aje. @ks cadangkan lava cake.. sebab ni pukul2 manja gitu.. haha.. nampak MACAM senang (untuk beginner macam aku ni yang baru Level 0.5 ni). tapi lepas sesi hantaran balas SMS, aku berbelah bagi sebab takde bekas kecik2. Guna loyang ada kemungkinan tak jadik.. Gitu..

So, aku menggali pulak email. Mujur lah sangat aku terjumpa plak resepi dari Ms Nong.. check, check, ada satu benda yang aku takde - SRF! terngiang2 ayat sifu @ks - letak baking powder.. bukan baking soda ya. hak hak.. aku google2, tu dia aih, untuk tepung sekian banyak, tambah sekian banyak..



apa aku bebel panjang2 ni?









Selepas lenguh tangan membanting tepung, telur dan gula itu, inilah hasilnya.










bolehlah kot. Sebab JADI!! tapi togel lah ye.. aku er, aku belum belajar camne nak buat topping :P dan yang aku musykil adakah setakat itu sahaja tingginya? hahaha..



Sekian,

11 comments:

l i e y n said...

sedap le tu, dah separuh tinggal..........

Diver Mom said...

wah.. bravo!! :) sure sedap tu!

knv said...

bak mai sikit :P

Anonymous said...

woohooo..

yer beb, takat itulah tingginyaa...
:) tapi kalau timbang, 1.2kg...

maya amir said...

die padat tu beb..tinggi tp padat & moist gitu *achehhh aku ckp mcm terror no buat kek*...haha

cysev3n said...

lieyn,
mungkin lah. haha

Zu,
i hope so. moga sedap kat tekak si dia.

kak Ana,
still takley celen yr KCT yet!

ms Nong,
ok, thank you for the clarification.. anyway, penimbang takdak kat umah ni.. sume guna cawan dan ntahapapa lagi :P

Maya,
kau masterji coklat!

nur_shila said...

petang2 nih nampak sedap jer kek tu.. teringat lak zaman turun pi minum sesama kat bawah..

lia said...

asalkan sedap, xde hal nyer kak...

Rizza said...

ok le tu.. jadik utk beginner .... mungkin ade yg ko "missing" atau terlebih adun...
selamat mencuba lagik tau!..

cysev3n said...

shila,
i missed that a lot, too!

lia,
tunggu ada mixer la baru layan lagi.. haha..

za,
apa nak buat.. level 0.5 katanya :P

KS said...

patut ada rasa tersedak2.. diseru2 sini rupanya :P

cayalah cik yan! pasni kita ke level seterusnya - buat topping pula hehe