Cari Something?

Monday, July 18, 2011

Jauh Berjalan Luas Pemandangan :P

Sabtu lepas, aku outing dengan Arif. Ikut rombongan tadika dia kaedahnya. First destination, Domino's Pizza at Kajang. Tengok cara2 buat pizza. Heee..





Mula-mula stretchkan doh atas lambakan tepung jagung. Then, sapukan sos tomato. Then letak la apa jenis flora dan fauna. Akhir sekali, dari kejauhan, aku rasa diorang letak pizza tu atas scale. Kemudian tabur cheese atas tu. Bajet ikut berat la gamaknya. Lepas tu bakarr..


Lepas tu makannnn.. That was our first time with Domino's. Sedap jugak. Sampai Arif mintak aku belikan lagi. Yang FREE orang tu bagi, tak cukup :P




Next, kita ke Kilang Beras Sunflower. Di Kajang juga. Merasa la tengok diorang demo dari padi menjadi beras perang. Dari beras perang menjadi beras putih. Apakah sekam. Apakah dedak. Apakah bahan yang digunapakai untuk salut telur asin. Apakah, apakah. Apakahhhh.







Dah abis demo bagai, diorang bagi rasa nasi yang dimasak menggunakan beras depa. Tak tau la jenis yang mana tapi Arif boleh makan abis, nasi kosong gitu je! FYI, Arif bukanlah pemakan tegar nasi.




Nexttt, pi Taman Rama-Rama. Apa aku nak cite kat sini? Heee.. Tengok gambar sudah..




















Kemdian, pegi Taman Rusa dan Kancil.






But first, we were greeted with this.



Bapak besar punya pokok. Kau nak terus ke depan tu, kena lalu tepi2 longkang.. eeeee.. seram mak nyahhh.








Not well maintained. Bau busuk tu, biasa la. Kau pegi zoo pun macam2 bau. Hahaha.






Pagar tepi-tepi laluan ada yang dah terkopak bagai. Jalan very the steep dan takde pemegang di kiri dan kanan. Kalau budak2 lari-lari dan tersadung, aku rasa mau tergolek-golek macam cite Hindustan. Cuma yang ni atas aspal. Bukannya atas rumput ataupun padang. Haih.. Kiranya, dengan aku sekali takut kalau tergelincir. Memanggggg seriau.





Masa kat sini, bajet nak naik tram. Tapi disebabkan pokok yang tumbang kat laluan masuk tadi, macam agak tergendala dan kami terpaksa tunggu. so, disebabkan semua malas nak tunggu, kami jalan kaki untuk kembali ke bas.



Dan ini yang menunggu.
















Bapak sayup! Aku tak kira berapa anak tangga. Tapi aku rasa lepas 3/4 jalan, dah terasa gigil peha sume. Penat! Penat sepenat-penatnya. Peeeeenaaaaattttt. Kau rasa penat sampai rasa nak muntah. Boleh bayangkan?

Oh, lepas tu balik. Haha.

Semedang on the way balik, aku call si dia siap2. B dah bengkak. Maka, kena jemput aku dengan membawa NaniNani bersama. Moral, kalau nak shopping (eh, tetiba) max boleh lupa daratan adalah 6 jam sahaja.


Sekian lah cerita buat masa ini. Daaaa..

3 comments:

lia said...

jauh jalan, mmg penat kak ;p

maya amir said...

beb..aku baru nak tanye,.tak bengkak ke? nani2 camne, hg perah simpan kat die eh?

cysev3n said...

lia,
mujur x sengal sampai ke mlm. heee

maya,
bengkakk. dia xmo EBM. dah 20 bulan hat yg fresh. haha. telan air masak je sepnjang aku xde