Cari Something?

Isnin, September 12, 2011

Kena Jahit


Jam kat laptop tunjuk pukul 3.15 pagi.. Aku masih berjaga. apa kes? terlebih dos kopi gamaknya.

Dalam pukul 11pm+ tadi, sesambil aku dengan si dia dok buat kerja sket, tetiba Arif nangis. Gaduh dengan Amir. Sabar je laa.. dari pukul 10 lagi dah suruh tido, still.. memula kitorang buat tak kesah je. sekali kau, berdarah ropanya! Aaaaaaa.. mula la start aku punya panic mode :P


Tengok gaya, dalam lukanya. Dalam havoc2 tu la anak dara amik keputusan nak bangun dari tido & join the scene.. haha.. sabar je la tuan puteri sorang ni.. masa si dia nak bawak Arif pi klinik, dia sibuk nak ikut.. sudahnya, dengan aku sekali kena angkut :P


Sampai turn, si dia suh aku tunggu kat luar. Masuk dalam karang, ada plak anak dara jadik pembantu extra. Mujur le kami ni last. Anak bujang tu menjerit sekuat-kuat hati kat dalam. Aiiii.. seriau aku mendengarnya.. serius la, aku boleh tengok darah, tapi aku akan terasa-rasa seolah-olah aku yang kena.. hahaha..


Lepas dah abis drama jerit, nangis, jerit, Arif keluar bilik doc dengan kepala berbalut bagai. Dua jahit kau. Rasakan. Muka sengih je plak. Cover malu dok nangis kat dalam tadi kot. Pastu sibuk tak sabar nak balik.. keluar je dari pintu klinik, bley melompat-lompat.. Memang jenis tak reti nak serik.. kan Arif kan?


16 ni nak kena follow up. Semoga sihat hendaknya.






Eh, lupa. Selamat Hari Raya pada semua. Maaf Zahir & Batin.


4 ulasan:

i.s.z.a.n berkata...

GWS arif! Apa ko buat nak sampai luka kene jait? Adooooooiii

♥MAMASYAZA♥ berkata...

samala cam anak2 akak pun, disuruh tdo, tak tido pun. masuk dlm bilik bergurau senda sakan, memula boleh senyum, lama2 dengar menangis, sowang kena tampar sowang kena cubit, letih melayan karenah depa

CY4.0 berkata...

iszan,
main kejar2 dalam gelap. langgar katil.

MAMASYAZA,
mmg letih. what to do.

m-i-o berkata...

my neighbour's son punnnnnn sama! tapi dia bukan jahit tau, dia pakai klip2 aje. tak berdarah, tapi lukanya terbukak gitu - kes lompat2 atas katil pastu tetiba termendarat di lantai (bukannya di katil). tapi seram la kan, sebab lukanya kat kening.

anyway, dijemput menyertai Quran Digital Giveaway di blog mak, ya?

http://my-internal-outlet.blogspot.com/2011/09/saya-patut-menang-quran-digital-oleh.html

mana tau, menang macam contest maybank aritu :P