Cari Something?

Selasa, September 20, 2011

Saya Patut Menang Quran Digital Giveaway oleh MIO kerana..


Pertama-tama saya ingin ucapkan terima kasih kepada puan Zufa yang sudi mengadakan giveaway seumpamanya. Barang baik, OK..

Sejujurnya, saya sudah memiliki satu aplikasi yang lebih kurang sama dalam iPad pemberian si dia, tapi apalah salahnya barang baik cenggini kita ada dua, tak gitu? haha.. the more the merrier katanya..

Antara faktor penarik adalah memandangkan Quran Digital ni didatangkan bersama pen yang bisa mengeluarkan suara qari, maka mmg canteklah untuk si pengguna membetulkan tajwid mana yang tak sure, harkat mana yang nak dipanjang pendekkan dan macam-macam lagi lah kan..

Tambah-tambah kalau nak menghalau benda-benda tak elok dari rumah, kot tak sempat nak baca al-Baqarah, tunjuk je pen ni kt surah tu.. fuh!

eh, macam dah lain pulak ceritanya.. maka, kesimpulan yang dapat disimpulkan dari karangan di atas, saya patut menang Quran Digital Giveaway oleh MIO kerana...


saya tamak. Titik.


eh, belum titik. Insya-ALLAH, jika ada rezeki saya dalam giveaway ini, kalau bukan kami seisi keluarga menggunakannya, akan dipanjang2kan kepada pihak lain. Moga dapat pahala yang berterusan hendaknya.. amiin..


1 ulasan:

m-i-o berkata...

taktau apasal, bila baca yg ini:

"Tambah-tambah kalau nak menghalau benda-benda tak elok dari rumah, kot tak sempat nak baca al-Baqarah, tunjuk je pen ni kt surah tu.. fuh!"

tetibe teringat satu post cikyan btajuk "siri bcakap dgn jin". hehe!

ok, pyertaan anda telah direkodkan. semoga berjaya! :P