Cari Something?

Selasa, Julai 31, 2012

Satu Pertiga

Pejam celik, pejam celik, dah 11 Ramadhan hari ni..

My eldest terbukak satu hari weekend baru ni.. kes tak tahan godaan adik-adik kat rumah kaedahnya. No 2? Ya salaam. Aku rasa belum masanya untuk dia betul-betul berpuasa kali ni.. Dia pun bukan jenis pemakan.. masa sahur minum milo je, ada hati nak puasa.. bertahan separuh hari pun dah kira OK.. And by saying that, aku pun lost track berapa hari je yang dia dapat puasa penuh.

On persiapan raya, eh? Dah cite pasal raya pulak.... Baju aku dengan anak dara dah siap.. Yay! Sekarang kita tunggu je baju abah dan abang-abangnya. Tapi, tudung belum cari lagi. Memang nak kena bawak kain baju ni pi kedai masa nak pilih.. sebab aku sendiri konfius kaler apa yang seswai, boleh?

Pembuatan kuih untuk diberi pada kedua-dua family, aku baru dapat siapkan sejenis.. itupun untuk rumah sendiri belum ada.. asal ada je, no 3 dengan no 4 hadap.. asal adaaaa je, diorang hadap.. sometimes orang-orang lain dalam rumah pun ngadap jugak lepas berbuka.. abis, apa yang tinggal? Habuk do.. So nak kena kumpulkan tenaga nak hadap buat lagi sejenis biskut dan jugak biskut yang manjang habis itu.. 2 jenis je pun yang daya (dan agak reti) kaedahnya.. Tu pun macam dah nak patah pinggang dok lelama kat dapur.. Tak hal ngadap satu adunan max at one time.. Macam mana la orang yang buat bisnes kuih raya tu.. tak ke muntah ngadap berjam-jam lamanya?

By the way, kuih-kuih yang aku order, dah selamat dipos atau diambil.. Tak tau lagi nak tutup buku tunjuk-tunjuk ataupun akan ada lagi pembelian saat-saat akhir. Heeee.. Jangan terlebih bajet, sudah..

Eh, panjang pulak aku bebel kali ni.. Till then, take care korang.

Tiada ulasan: