Cari Something?

Thursday, September 13, 2012

Journey to the Labor Room - Final

Haih, baru dapat nak menyambung cerita. Anyway, untuk menjawab soalan dari MS, no.. kami bawak no4 je.. yang lain-lain ditinggalkan secara gamble. Heeee.

So, dah selamat masuk bilik menunggu ke apa ke benda biliknya tu, diorang pasang belt untuk er, er.. aku masih tak tau apa nak panggil prosedur ni. Tapi yang digunakan untuk dengar heartbeat baby and gauge kadar contraction tu la.

Around 4.30am, nurse datang buat VE. Aku dengan rakusnya tanya dah berapa cm. Jawapannya empat. Aaaaa.. pukul berapa nak bersalin ni. Aku pun hilang ingatan bilanya aku suruh dia balik. Buat apa pulak lama-lama kat hospital kan. Dah le hari Isnin. Budak-budak nak sekolah KAFA lagi. Karang buatnya diorang dah bangun b4 dia balik, satu hal nak ngadap drama swasta kat rumah.

So masa diorang nak balik, NaniNani nangis-nangis. "Nak ibu.. Nak ibuuuuu.." bergema kot. Dah le time tu area tu senyap sunyi. Sabar je le teman.

Dalam 5.30am, nurse datang lagi. Buat VE lagi. Hmmmph, what else is new. Tapi jawapannya mengecewakan aku. Baru 5cm! Dalam pukul 5.54am gitu, aku hantar SMS kat mak aku menyatakan aku dah ada kat labor room. Mama reply, banyakkan selawat. Iyolah.

The contractions dah makin kuat. Aku dah ngiring belah kiri sambil memeluk palang yang ada kat tepi katil tu. Pegang ke, genggam palang ke apa ke.. lantak la. Tapi dua-dua tangan aku kat situ la. Suddenly aku rasa macam nak membuang. So aku tekan bell. Kesahnya sebab spital tak bagi aku pun ubat untuk membuang tu.  Karang tak pasal je aku membuang masa deliver, sapa yang malu?

I told nurse that I wanna go to the toilet. Tapi dia insist nak buat VE lagi. Takut bukan nak membuang. And all of sudden, dia kata dah 8cm. Terus sorong aku naik wilcha pi ke actual labor room. Mati-mati aku ingat deliver kat bilik tu. Kahkahkah. Seksa ok. Kau dah le sakit menahan contraction. Nak turun katil, nak naik wilcha. Nak naik katil lagi sekali. Hoih.

Baring je kat labor room, aku sambung aktiviti peluk palang. Sakit dol. Sapa kata nak beranak tak sakit. Masa ni aku memang dah rasa nak meneran tapi both nurses kata, tahan nafas. Tahan nafas. Doktor belum sampai. WHAT?!! Aaaaaa.. third time dah macam ni.. asal aku dah ready nak meneran doc belum sampai ke tempat kejadian. Sakit hati tau. (Actually aku nak eja sakyt haty kitewwww.. tapi...)

Tahan nafas lagi puan..... Tahan nafas.......

Dalam 3-4 kali kot aku tahan nafas, diorang cakap, doctor dah sampai.

Once doc sampai kat depan mata aku, macam biasa, nak no phone husband untuk dicontact. Dan aku pun lagi sekali, kita settle sini dulu. Nanti saya yang call. Aku tak ingat la berapa kali push ke apa ke, tapi terasa la baby meluncur keluar. Then diorang pun menayang baby tu untuk aku semak gendernya.

"Saya rabun doc. Spek tak pakai. Tak nampak"

Its a girl. Hoyeah.

First thing aku tanya, pukul berapa baby keluar tadi? 6.39pagi. 2.95kg.

B4 7am kot aku call dia bagitau aku dah selamat bagai. Of course lepas dah selamat kena jahit time tu. Hinsh. Dah banyak kali masuk labor room masih tak berhasil nak keluar tanpa stitches :P

Aku mention yang aku nak breastfeed baby. So lepas diorang dah bersihkan baby, terus letak atas dada aku ni ha.. Alhamdulillah, first suckling happened at 7.06am.

Dalam pukul 8pagi gitu kot, dia sampai spital dengan No3 & No4. Meraung-raung no3. What to do. Trauma dia dengan hospital tak hilang-hilang. Makanya suamiku dan anak-anak masuk ke dalam labor room tu. Hahaha.






Dah cukup la kot cerita takat ni. Dengan harapan takde lagi cerita ke labor room lepas ni. Hahahahahahaha.

11 comments:

i.s.z.a.n said...

Anda pasti (utk ayat akhir tu)? Haaahahahahahaha

MS said...

Terkemut2 aku baca part tahan nafas tu nyah. Terasa2!

cysev3n said...

iszan,
ko nampak kan berapa harkat gelak aku tu? hahaha

MS,
cer ko realisasikan rasa itu sekali lagi

Fauziah said...

uitt cik yan... sudah 5.0 yer? hahaha... ini musti mau kejarrr.... congrats yang. semoga meriah suasana. the 6.0 kompem pompuan. leh tutup kilang... next bila?

mirah said...

congrates cik yan.. baru tahu ni.. :)

BAYU HEBAT SDN. BHD said...

sakit beranak mmg sakit kn..tp sakit time tu je...no 1 genggam tgn suami sekuat hati. no 2 genggam n cengkam bahu nurse sbb suami x sempat sampai..cian nurse tu....mujur dia bersabar n tahan :)

knv said...

tahniahhhhhhhh!

ya allah akak tobat tak sanggup dah wehhh. ngilu sampei ke otak ni haaa hahha!

happy for you sis. baby is always a joy!!!

selamat berpantang! enjoy motherhood sampai the next one hahahah!

maya amir said...

terkepit2 aku menahan oiii... slmt berpantang beb:)

SMM said...

nama dah pilih? tak sabar nak tahu nama pulak hoho.. jgn ariana sudahlah ya, mcm dah ramai kawan2 bagi nama ariana..

KS said...

oitt sakitnya kena jahittt!!

(tak penah ada pengalaman jahit disitu...)

alhamdulillah semuanya selamat! ada cy6.0 dak ni? ngeeeee

cysev3n said...

cikpau,
semoga takde next lagi hoi.. dah tua sangat rasanya ni.. tak larat.

mirah,
thank you :)

Has,
nasib le.. kali ni palang besi je la yg jadi mangsa.


k Ana,
thanks atas segalanya kecuali untuk next one ittewww.. haha

Maya,
lama aku tak bukak laptop sampai dah nak abis pantang pun ni ha :P

Mynie,
not ariana. abahnya pilih nama style lama (at least for me).

KS,
hopefully takde. cukup-cukup lah. haha..