Cari Something?

Rabu, Oktober 17, 2012

Apa Itu Pantang?

Hai hai hai!

Pantang dah habis. Tak celebrate apa pun sebab nak makan kek, kek dah banyak dibedal before that lagi. Hah! Ni la kaedah dan cara-cara pantang sendiri ye tuan-tuan & puan-puan.

Semalam telah menyaksikan pantang terhadap seafood berakhir. Tak pernah try pun makan masa bersalin kali ni sebab dengan NaniNani dulu, makan kuah je pun dia boleh tunjuk sign alergy. Tapi this time memang tak sentuh and somehow, semalam dengan rakusnya membelasah udang berekor ekor ekor ekor. See, memang tak kira berapa ekor. Main ngap, ngap dan ngap saja.

Verdict? Malam tadi Nisa macam gelisah. Tapi dia memang selalu macam ni pun. So far takde apa-apa yang unusual pada kulit dia. Poo pun so far macam biasa. Pendek kata, semuanya masih biasa la. Macam selalu.

On the other note, my other half dah teringin la sangat nak makan kek kukus resipi yang puan Eza bagi. Tapi tu la, belum jumpa time yang membolehkan aku ngadap bikin kek tu dari A to Z without stop. Nisa tidur tak reti nak lama. Aku pulak, tak reti buat keje laju-laju. Kena sangat la combination tu kan. Hahahaha. Pulak tu, dia tak reti nak hisap jari. Kalau reti, at least ada la buffer before aku attend dia. Ni asal haus je, memang terus bunyi siren. Aku pun, terus le gelabah. Takut kalau biar sekejap pun dia nangis kelu karang, haih. Drama sungguh.

OK lah. Ni pun dia dah start bagi sign suruh angkat. Lemakkk sangat kan mak dia dok kat rumah. Till then korang, take care walau di mana juga korang berada :)

2 ulasan:

syalinda johari berkata...

kak yan, bilalah kami nak leh gi melawat baby baru tu..hehehehe...syoknyaa dah abis pantang kan..kekeke

CY4.0 berkata...

linda,
haiii.. kita ni pun dah berapa tahun x jumpa. haha