Cari Something?

Isnin, November 12, 2012

10 Weeks and Going Strong

Dah lama tak keluar cerita pasal breastfeeding kat blog ni. Aku rasala. Mungkin atas faktor direct breastfeed, maka takde visual pencapaian berapa oz terhasil hari ni, yada yada yada yada.


Sebelum bersalinkan Nisa dulu, aku ada beli Avent Manual yang baru. Sama macam time Zeri dulu. Nampak gaya ni la yang serasi. Masa NaniNani aku beralih arah dengan Medela Harmony. Chemistry tu serasa agak kureng. So, kali ni, bajet pulang ke pangkal jalan kaedahnya. Hahaha. Tapi tu la, dah 2bulan+ pun anak dara ni, belum ada situasi yang memerlukan aku merasmikan pump tu. Terletak cantek je lagi dalam kotak. Amik ko. Bukak pun belum :P


Mungkin time aku nak menyibuk dalam persiapan kawen adik aku nanti, i.e. cari kain, hiasan etc etc aku akan mula pump untuk tinggalkan stok sementara aku keluar dengan mama. Itu pun bukannya boleh lama nak berjalan-jalan. So far rekod menunjukkan paling lama dalam 2 jam 1/2 sebelum aku start rasa tak selesa di situ. Yaaa.. anak dara ni pernah tido lama hoi. Masa dalam perjalanan dari KL ke PD baru-baru ni. Jam punya pasal, dekat 3 jam dalam kereta. Dia boleh bantai tido sepanjang time tu. Macam hapa dah aku tak keruan dok kejutkan dia tapi dia buat derk. Tu time dia nak tido pengsan. Kau tunjal pipi dia macam mana pun dia tak jaga. Cuba time taknak tido......... Berdondang sayang macam mana pun, mata buntang jugak tang tu. Nyusu kiri kanan kiri kanan kiri kanan pun takde effect.


Apapun,  moga perjalanan breastfeeding kawan-kawan kat luar sana ALLAH permudahkan. Tak kesahlah anak2 korang direct feed ke, guna EBM ke apa. Semuanya kena kerja keras. Takde jalan senang.


Tiada ulasan: