Cari Something?

Jumaat, November 16, 2012

Projek Dapur

Hujung tahun ni genap la 3 tahun aku jadik SAHM. Bukannya susah nak ingat pun. Sama umur dengan NaniNani je. Haha.

Kalau tengok2 yang dah jadik SAHM ni mostly makin expert kat dapur. Aku? Tidak le begitu. Baru sejak dua menjak ni je reti nak bakar-bakar biskut. Buat-buat kek sket. Pastu balik-balik resipi yang saaaaaamaaaa je. The thing is, budak-budak kat rumah ni bukan jenis kuat makan. So yang dok repeat, kek coklat kukus, kek batik, biskut dahlia. Ulang lagi. Kek coklat kukus, kek batik, biskut dahlia. Tapi tetapla tiap kali buat nak kena tengok resipi. Tak tau la berapa kali nak buat baru lekat dalam kepala aku. Dasar..

Anyway, Rabu lepas, since dia ada kat rumah nak tengok-tengokkan Nisa sementara aku kat dapur, aku bikin brownies. First time. Serius tak tau apa nak expect. Dah bancuh2, eh, apahal batter macam ni? Memang macam ni ke? Apa ke? Sengal kan? Bila tuang dalam loyang, dia tak merebak gitu. Kau yang kena spreadkan. Layankan je la kaedahnya. Suh bakar 40 mins. Tapi aku test 15 minit. Lepas tu 15 minit lagi. Tu diaa.. atas crack tak ingat. pastu agak kering. Mungkin next time (yang tak tau bila sebab sampai hari ni brownies tu ada lagi.. -__-) aku kena bakar 25 minit je kot.

By the way, sampai hari ni nestum sekilo aku tak masih tak berusik. Bila ntah nak mai aura buat biskut Nestum. Ni pun belum tentu ada yang nak makan kanggg.. Aaaaa. Kalau yang baca posting ni ada resipi yang sedap, tolonglah share.

Thank you.


Tiada ulasan: