Cari Something?

Wednesday, November 28, 2012

Kembali Ke Pangkal

Sabtu lepas, dekat pukul 12pm, kami gerak balik ke JB. Asalnya nak balik pagi. Tapiiiii.. anak aku yang tua tu dah tersangkut depan TV tengok cerita Tak Khatan Dah Khatam ke apa ke benda ntah. Memang masak le tunggu sampai cerita tu habis around 11am. Pastu nak suruh dia bersiap lagi apa ke benda. Check twitter, jam kaw-kaw kat Nilai - Seremban. Makanya dia pun ambik keputusan nak ikut LEKAS. Kuar masuk sana sini dengan plaza tol ntah berapa bijik. Gedebuk gedebak berhenti sana kejap, berhenti sini kejap, 4.15pm selamat sampai depan umah parents aku.


Sampai-sampai je, makan la.. Apa lagi? Hahahahaha. Pastu adik aku sampai demi menunaikan kehendak aku nak makan cornflakes madu. Amik ko, berbalang-balang dia siapkan. Guess what? Nak bawak balik KL, tinggal 2 balang je :P


Di JB nothing much. Petang Ahad ikut mak & adik aku shopping. Ikut je, aku tak shopping. Baik khen? Aku bawak Nisa sebab kebijakan aku melampaui batasan, i.e tak bawak pump & botol segala. Alasan lagi satu : Nisa belum pernah bottle feed. Banyak la alasan. Pastu, bajet nak bawak baby 6kg+ tu, aku tak bawak sling. Amik ko lagi. Dukung kejap. Pastu adik aku offer carrier anak dia. Nisa nak duduk kejap je. Tau-tau dah meronta nak keluar. Dalam pada tu la aku berpeluh-peluh. Bak kata mak aku, tu tanda-tanda nak pitam. Ntah la. The next thing, Nisa ada dalam tangan adik aku, aku melepak kat toilet jap. Main-main air. Then baru rasa OK. Aku rasa aku nervous. Sebab dah lama tak jumpa crowd. Tengok orang ramai-ramai. Pastu sambil mendukung. Memang saja buat kes la.


Ahad malam shopping baju sekolah budak-budak kat Jusco Taman U. Maaaaaacam la kat KL takde Jusco kan? Hahaha.

Isnin Selasa aku bertenggek je kat rumah sebab si dia ada kerja. So, itulah dia. Sekejapan di JB. Ingat nak lama-lama sebab dah laaaaaama tak balik. Perancangan Dia lagi hebat. So semalam lepas Asar kami gerak, hujan boleh dikatakan hampir sepanjang perjalanan. Kena la bawak slow. Pastu dah sampai KL, memang jam (takde roti) menunggu la kan. Dah pukul 10pm merangkak kot depan Flamingo.. Pergh.. So after almost 5 hours, kami selamat sampai depan rumah.


Alhamdulillah Nisa tak meragam. Tapi bila dia tak tido, masak la kau kena pegang dia bagi dia berdiri.. Macam dah besar. Walhal baru masuk 3 bulan semalam. Kepala pun terhangguk-hangguk lagi.


Ok, dah.

2 comments:

maya amir said...

mana gambar latest die beb?nak tengokkk:)

cysev3n said...

Maya,
kalaulah aku rajin. Haha. Hasrat nak amik gambar dia sempena 3 bulan smalam pun tak kesampaian.