Cari Something?

Friday, November 23, 2012

Sungai Petani

Hi Hi Hi.

Kembali bersiaran dari rumah. Last Sunday sampai semalam kami sefamily ke Sg Petani. Mengekor la, apa lagi. Hahaha. Time cuti sekolah kan. Since tak banyak plan nak bawak budak-budak berjalan ke sana ke sini, makanya time si dia pergi kerja, kami berenam melepak kat bilik. Makan tido, makan tido tengok TV, makan lagi. Tido lagi. Weighing scale, apa tu?


Yang tak syok, WiFi takde. Padahal masa booking, antara ciri yang aku cari adalah Free WiFi. Tak pasti le sama ada kena tanya dulu baru ada ke camne tapi takat-takat2 scan guna iPad and handset memang takde langsung sepicing pun rupa-rupa WiFi kat situ. Sabar je laaaaaa.. Masuk hari ke-2, Arif dah kata boring, bosan etc. Dah la takde channel kartun. Mujur dekat Fox Movie tu ada tayang Spiderman dengan Spiderman 3. Mujurlah.


Pro nya, ada jakuzi. Memang awal anak-anak aku bangun. Tak payah kejut yo :P Petang pun tak payah suruh-suruh. Siap mintak permission pulak nak mandi, boleh? Dasar kan korang. Bercinta part nak mandikan Nisa je. Air dah panas, tapi sinki tetap sejuk. Jenuh aku simbah-simbah dengan air, tetap la sejuk. Menjerit la member masa aku letakkan dia kat dalam sinki. Nasib la. Ni macam mana la nak pi Cameron Highlands nanti ni? Baru probation gitu-gitu dah camni gayanya.


Most of the time memang kami terperuk dalam bilik. Aku ada jugak nak bawak budak-budak jalan-jalan kat bawah, tapi asal petang je, hujan. Asal petang je, hujan. Lagu mana nak usha swimming pool bagai. Malam last kat sana plan nak bawak budak-budak makan kat luar. Masuk Village Mall (baru bukak katanya) sebab nak terjah Pizza, full house. Cuba nasib kat Kenny Rogers, full house jugak. Sudahnya ke Radix Fried Chicken. Not bad. Aku suka coleslaw diorang. Sedap macam hat Kenny Rogers.


Sg Petani happening jugak. Serba serbi kat satu tempat. Bank, apa yang takde? Maybank, Al-Rajhi, OCBC, Bank Islam, Hong Leong semua ada kot. Chatime ada, Tutti Fruitti ada. GSC ada. Eh, banyak benda la yang ada.



Abah, takde jumpa petani pun? Kata ni Sungai Petani? -__-

3 comments:

owner of a lovely heart said...

Yan..sorry..x sempat nk menziarah..blk keje je dh kul bape..mlm2 xleh jln sensorang..huhu..lainla kalau dh ada hubby..anyway..sg petani mmg ada macam²..kiranya terror lagila dari alor setar..the capital of kedah..hehe..

cysev3n said...

takpe. aku paham. ko dah ada tarikh ke belum ni? aku nak susun agenda tahun depan. haha

Cho Zila said...

sg petani.. dah lama sesangatler tak pergi..last tahun 2004.. mesti dah membangun..