Cari Something?

Sabtu, November 17, 2012

Mengomel

Hari ni hari Sabtu. Si dia kerja. Jarang-jarang dia kerja hari Sabtu. Tapi semedang sekarang ni cuti sekolah, maka aku dah agak terlatih (cewah) untuk mengadap 4 orang budak dan seorang bayi seorang diri.


Cumanya, right at this moment, kami belum makan lunch. Budak-budak dah lama bangun tapi baru lah hegeh-hegeh nak makan breakfast. Tak tau la lunch ni nak lajak ke pukul berapa karang. Tapi aku rasa aku nak makan dulu. Ibu yang kenyang, adalah ibu yang gembira. Kalau lapar, camne nak layan budak-budak? Ada yang asyik menyinga, menaga karang. Yang kesian, budak-budak jugak.. dan kesian kat diri sendiri sebab boleh naik blood pressure kalau asyik nak marah je.


Esok birthday NaniNani. Aku tanya budak yang nak masuk 3 tahun ni,

"Birthday nanti nak kek apa?"
"Kek besday la.."

Sah kau tak tau apa ke benda birthday tu kan? Haha. Apa saja la yang aku nak buatkan ni. Esok pun nak start travel mengikut dia kerja. Time cuti sekolah la nak mengekor pun kan. Kalau tak, kirim salam.

Tiada ulasan: