Anyway, nama anak-anak yang bersekolah tahun depan dah selamat ditulis atas buku latihan memasing. Baru 2 orang. Apa ada hal? Congak-congak, umur panjang, tahun 2014, aku tulis nama Husaini lagi sorang atas buku. Buku teks & aktiviti untuk yang darjah 3 belum dapat lagi. Makanya part #2 la yang mostly done.
Yang tulis rumi-rumi aku dah settlekan, insya-ALLAH. Yang kena tulis Jawi, i.e buku aktiviti Pendidikan Islam ke, Bahasa Arab ke, aku KIV dulu. Kahkahkahkah. Dasar ke laut sungguh. Aku rasa saban tahun aku bertukar dari alif ke 'ain, dari 'ain ke alif untuk ejaan nama budak-budak ni. Part Husaini tu, Ha tebal ke?, Ha pedas?
Banyak lagi benda belum settle. ANTARANYA,
- jahit badge kat baju. Hantar tailor, mencekik jugak harganya.. aku ada tweet tahun lepas. Tapi dah lupa dah berapa. Cecah belas jugak kot per badge+nama. -___-
- balut buku budak. Nak cover express je please.
- beli kasut sekolah.
Sudah, cukup sudah.. Cukup sampai di sini saja. Karang aku jugak yang stress tengok list panjang berjela. Hahaha. Part kasut sekolah memang kena buat last-last.. kalau tak, asyikla ada orang yang dok pakai kasut dalam rumah. Testing katanya. Sebijik la macam mak dia masa kecik-kecik dulu. Haha.
Oh, dalam pada mengomel kat atas tadi, aku sempat google. Dah jumpa online converter dari Rumi ke Jawi. Benda common kot. Tu pun kau tak terpikir nak google awal-awal?
Sapa nak guna, boleh ke sini --------> http://www.ejawi.net/converterV2.php
So, "ALIF" it is. Bukan "'AIN". Ain sangat...... tapi applicable untuk anak yang tua je. #2 tetap guna 'ain.
Big thanks to tukang coding converter! Thanks sangat-sangat!
No comments:
Post a Comment