Cari Something?

Jumaat, Disember 07, 2012

Tiga Bulan Plus Plus

Semalam pergi klinik. Dah sampai time untuk 2nd dose 3 serangkai. Melonjak-lonjak anak dara bongsu tu dalam klinik. Siap sengih-sengih. Dia belum tau nak kena cucuk kaedahnya. Hahaha.


Sebetulnya, aku paling excited bab-bab nak menimbang ni la.. tu dia aih, dah tak berapa nak muat penimbang baby tu. Macam tersepit je aku tengokkan. Jarum tunjuk 7.25kg tapi doc tulis 7.2kg je. Amik ko. Doc kali ni sangat rajin. Dia siap plotkan growth chart Nisa. HahahAhahaha. Aku tak pernah-pernah buat keje ni. Seriously. Yang sebetulnya, doc before this pun tak pernah buat kat anak-anak aku yang dulu. Jadinya, terima kasih doc.


Dalam pada aku dok mengagah Nisa, tetiba doc kata, "Obes dah niii." Tengok-tengok dah terkeluar sikit dari 97th percentile tu. Biasa la kot time-time ni. Dah aktif karang, melonjong je rupanya. Contoh terdekat, abang-abangnya. Aku harap kes yang sama la dengan Nisa ni.. Jangan tau-tau dia mendebab je sampai besar, mau confuse kau.


Kali ni inject kat vonvon. Aku dah ready nak dengar Nisa nangis, menjerit bagai. Tau-tau, eh, dah sudah? Tak nangis pulak? Bambam sangat. Kalau aku tau, dari dulu lagi inject kat situ. Previously tala kat peha je. Memang 'A+' dia punya nangis. Satu klinik dengar. Pasti.


So, next jab schedule end of Jan. Lepas tu ada lagi satu. Lepas tuuuuu, rest sampai 12months.


2 ulasan:

maya amir berkata...

vonvon tu ape? seriously aku tak tau.. heheheh...

cysev3n berkata...

maya,
bontot. Versi manja. Haha