Cari Something?

Rabu, Disember 05, 2012

Jalan-Jalan Tak Cari Makan

Hi Hi Hi!

Just came back from a short Jalan-Jalan Tapi Tak Cari Makan. Semedang masih cuti sekolah ni, nak tak nak kena jugak bawak budak-budak berjalan. Lepas ni kita duduk diam-diam je kat kampung ke, kat rumah ke, sammmmpai cuti sekolah habis.

Anyway, dalam banyak-banyak tempat di Malaysia ini, antara tempat yang kami anak beranak agak selalu pergi adalah Cameron Highlands. Trip dulu-dulu ada la kat sini, siap ada gambar-gambar bagai. Tapi kali ni, nan hado! Sapa nak amik gambar uols? Aku dah sah-sah memakai si Nisa.. dia pulak, sah-sah kena jadik jeneral untuk 4 orang askar yang lain. Tapi dalam pada tu, masa berkemas-kemas baju nak pergi, ada hati lagi mintak dia chargekan digital camera. Memanggggg menambah berat je. Sekeping gambar pun tak ambik :P

Macam tahun lepas (based on notes dalam handset.. kalau tak, aku pun tak ingat bila last pergi.. eh, tapi kata agak selalu pergi.. eh?), kami stay di Equatorial. Macam biasa jugak, menggunakan jalan dari Simpang Pulai. Aku pun tak tau la tahun bilanya nak guna jalan dari Tapah. Sebab anak kami yang tua tu mabuk sket. Nak buat macam mana, mak bapaknya pun camtu masa kecik-kecik dulu.


TAPI, ye, TAPI di situ, kali ni #1 takde la pulak mabuk ke apa.. tau-tau #2 yang muntah. HahahAHAhaha.. Tu laaa.. selalu nau mengata abang kau. Dah kena tulah kali ni.


Masa pergi memang hujan.. Lebat jugak. Siap sampai satu area tu, memang berkabus kaw-kaw. Sampai apartment lebih kurang 4pm-ish. Manusia, ya ampunnnnnn. Parking penuh! Ingatkan pergi weekdays ni lapang la sikit. Meleset!

Alhamdulillah Nisa survived. Aku ni bijaknya laaa hai. Abang kakak semua ada sweater bagai, yang kecik ni takde? Boleh? Aku lupa nak pack baju lengan panjang. Mujur lah dia steady takde meragam macam Amir dulu. Memang tak boleh blah kenangkan pi CH dengan #1 masa dia 3bulan+. Menaaaangis je. Ingatkan sejuk, kesannya panas sebab aku dah terlebih bungkus :P

Apa nak cerita? Kami anak beranak macam biasa banyak berkelubung dalam hotel. Dasar sangat kan? Hahaha. Keluar bila nak makan je. Kesian. Tunggula adik korang dah besar ye abang kakak sekalian? Mak korang memang tak daya nak membawaknya lelama. Sakit tulang belikat ni haa..



So, petang tadi dah selamat tiba semula ke KL. One point je la berjalan time weekdays ni, tahap kepenuhan R&R agak boleh ditoleransikan. Kalau tak, korang sendiri tau la.


OK. Bye.

2 ulasan:

♥MAMASYAZA♥ berkata...

akak ni last pegi CH, ami kecik lagi. sekrg ami dah 13 thn. siratu lak merungut nak pegi, dia tak penah sampai sana lagi, kesian

cysev3n berkata...

mamasyaza,
wowww.. lama betul tu. memang dah harus sangat kena revisited. cuti sekolah ada lagi 3 minggu ni!