Isnin datang lagi.
Cepat sungguh masa berlalu. Macam baru je ke Sungai Petani. Then balik JB. Lepas tu ke CH. Lepas tu ke PD. Sekarang dah ada kat KL balik. Masa untuk duduk di rumah diam-diam sampai la cuti sekolah habis. Guess budak-budak pun dah penat travel ke sana ke mari.
Persiapan sekolah tinggal nak beli kasut je rasanya. Badge untuk baju sekolah agama Arif je aku belum jahit. Baju-baju sekolah kebangsaan dah siap gosok. Yay! Semangat gils la konon. Sebetulnya aku suka je cuti sekolah ni. Kurang kerja gosok baju. Kurang kerja basuh baju. Kurang terkejar-kejar nak masak lunch. Lepak la kiranya. Pastu ada orang tolong tengok-tengokkan Nisa time aku kat dapur / angkat baju ke apa ke. Bliss.
Tapi kena la terima hakikat.. 2 minggu lagi hidup akan mula rutin yang sama dari pagi sampai ke malam. Lagi busy kot sebab No1 dengan No2 dah tak sama sesi sekolah. Wonder berapa kali sehari nak keluar rumah time tu. -___-
Ahh, anyway, it feels good to be at home. Let me enjoy this moment.
Siapa musuh utama kita?
11 hours ago
No comments:
Post a Comment