Cari Something?

Isnin, Disember 31, 2012

Peritnya Nak Berpisah

Malam-malam, sebelum tidur, macam biasa Azri akan bagi sign nak minum susu dalam botol. Ya, masih dalam botol uols. Semedang dia dah nak masuk tadika, aku bagi sign, botol dah busuk, kena minum pakai cawan/mug. Dia angguk-angguk.

So, aku pun bancuh la dalam mug. Paling je ke belakang nak passkan susu tu, mata dengan hidung dia merah. Tak menangis, tapi aku rasa dia sebak. Macam tetiba je dah tak boleh minum botol.

Aku temankan dia duduk kat meja makan. Dia mintak roti nak cicah susu. Aku bagi.

Separuh jalan aku tengok macam dia dah tak mampu nak telan roti tu. Kejap-kejap berhenti pandang aku. Dengan mata dan hidung yang masih merah tu.. Aaaaaaaa..

Dah abis roti, dia cuba minum susu. 2-3 teguk, berhenti. Aku bagi sign suruh habiskan. Dia minum lagi. Tapi macam tak daya. Tinggal lagi 1/4, dia kata dia dah tak boleh minum. Perut dah penuh.






Mujur aku tak buang lagi botol tu.

2 ulasan:

mar lia berkata...

Aduh... Sy yg membacanyer lak sebak... Sbb da biasa kak... Uhukssss

cysev3n berkata...

lia, sudahnya kami masih blum stopkan. haha. tunggulah next episod pulak