Pagi-pagi lagi aku dah takde keje lain. Menggugel cara-cara nak hilangkan kesan milo pada baju sekolah #2. Aku pun tak tau la apa gaya style fesyen dia gunapakai untuk minum, abis kena kolar, kat area butang-butang baju bagai. Dah 2 helai selamat. 2 helai. Baru masuk minggu ke-2 sekolah. Kalau setahun 52 minggu sekolah, kau bayangkan lah rumah aku dah boleh jadik kedai baju sekolah yang penuh dengan stain :P
Anyway, selain menggugel, aku juga mentweet. Hahaha. Kat google jumpa la kegunaan Coke bagai. OK, Coke takde. Kensel. Pencuci pinggan pun ada. Guna hat Sunlight/Glo tu.
Apapun, di twitterland, laaaaaagi banyak suggestion aku dapat. Clorox. Vanish. Sabun Cap Kapak. Kao Attack. Terima kasih kepada penjawab-penjawab soalan aku @xemieyx @mommysarah @altuty dan juga @intan_surina.
Untuk makluman, yang ada kat rumah ni hanyalah produk Cosway. Aku pun belum fully utilised. So tadi, sebagai percubaan #1 sebelum ada Vanish etc, aku gonyoh dengan sabun taharah, pastu aku sembur laundry pre-wash. Lepas tu, aku letak Oxygen Bleach dalam washing machine. We'll see the outcome later.
Semoga menjadi. Kalau tak, selamat datang Vanish and etc!
Update: Ada 2 helai baju terlibat dalam eksperimen di atas. Sehelai, aku gonyoh dengan sabun. Sehelai lagi tidak. Nampaknya untuk kesan air Milo dengan menggunakan bahan-bahan di atas, perlu digonyoh dan ditonyoh dengan sabun mandi dahulu. Apapun, eksperimen tidak "do the justice" to the product, sebab pada er, bekas(?) produk, meminta pakaian terlibat direndam sehingga 4 jam. I dont have the luxury to do so. Maka aku rendam sejam sahaja.
Istighasah, boleh ke tak?
2 days ago
4 comments:
hah amik... sampai 3 item d guna nak ilangkan kesan milo tu he3...
stain remover jenama cosway even ball point pen punya stain pun boleh ilang cubalah
update ya, jadi ke tak result 'eksperimen' tu. homework saya mlm ni/pg esok - hilangkan kesan air anggur huhu...
lia,
nak tunjuk degilnya milo tu. haha
Anonymous #1,
stain remover ni pre-laundry wash tu kan? dah bubuh jugak tadi.
Mynie,
ada 2 helai baju dalam eksperimen di atas, yg digonyoh sabun win! yg lagi satu masih ada kesan. seems like kena basuh lagi untuk kesekian kalinya.
Post a Comment