Cari Something?

Khamis, Januari 03, 2013

First Day Azri di PDK Kiu

So, semalam adalah first day untuk Azri ke PDK Kiu. Ada 8 orang dalam kelasnya. Ada yang pakai hearing aid sebelah, ada yang dua-dua belah macam dia. Ada juga yang tak pakai langsung. Mungkin dah buat implan.


Dia cerita memula Azri malu-malu. Duduk tepi je sambil sengih-sengih. Hahaha. Aku boleh bayangkan la keadaan dia. Pastu once dah "panas", tu diaaa... time rehat dia yang dok kejar budak-budak lain. Konon-konon dia sergah la. Ada yang OK, ada yang marah. Dia cerita lagi, ada parent hantar dari Puchong. Memang tunggu je anak dia sampai sudah. Ye la, jauh kot dari Puchong ke Maluri. Takkan nak pergi balik. Seems like banyak je parent yang berkorban kerja bila ada anak-anak special need macam ni.


Balik semalam budak sorang ni nampak happy. Then ada satu sign yang dia dok buat kat aku. Sadly, aku tak boleh decode kali ni. Nak cari dalam internet pun aku tak tau camne nak mula. Dengan abahnya lain pulak sign yang dia bagi. Wuwuwuwuwu. Semalam KPI nak belajar A E I O U pun ke laut. Signing ni kau kena mahir dengan apa yang kau nak sampaikan kena selari dengan tangan. Semalam sempat jugak aku tengok Youtube. Nak sebut "HIM" pun ya amponnnnnn.. sampai skarang terkial-kial. Kahkahkahkah. Adoi la hai. Tu bajet English tu. Hat BM nya nak kena improvise la kot. Sebab Cued Speech ni guna phonic. Bukan mengeja. Aku akan cuba sharekan serba sedikit la (kalau sempat) tentang Cued Speech ni.


The thing is, semua dalam family member harus la belajar benda ni. Buatnya Azri bercakap dengan abang dia guna sign, kena la dengan cara yang dia paham, ye dak? Anyway, ada jugak budak kat situ yang memang tak bercakap, tapi skill lain excel bagai nak rak. Kurang kat sini, lebih berganda kat tempat lain.

Petang semalam, nak dekat Maghrib camtu, dia mintak susu. Terus pengsan kau sampai pagi ni. Kejut pun tak boleh bangun. Penat sangat gamaknya. Kesian pun ada.. sure lapar sebab tak dinner. Memang terbuang je la nasi & lauk yang kitorang tinggalkan malam tadi.


Nota: "Dia" dalam posting di atas merujuk kepada suamiku. Haha.

5 ulasan:

JuE berkata...

Dh sekolah dh zeri.. aku bleh bygkn dia tersipu malu tu

lia berkata...

shy2 cat memula jer la tu kan Zeri...

Alhmdlh Zeri ok kat skool...

Ila berkata...

good luck azri

FAM berkata...

all the best zeri! aku rasa ko patut jumpa sil aku sbb 2nd son dia pun gini. both sides pakai implan apa ntah, kitorg panggil bionic boy. hehe. eh, skul zeri ni hari2 ke? (jwb kt twiter pun blh ;p)

cysev3n berkata...

JuE,
haha. day 2 pun still. tak tau bila nak OK. mujur mau masuk kelas.

lia,
alhamdulillah. moga bila abahnya tinggalkan je nanti pun dia OK.

Ila,
thank you :))

makfatin,
ha-ah. hari-hari. SIL ko hantar anak dia kat mana?