Cari Something?

Selasa, Februari 19, 2013

Dah Boleh Sebut IBU

Lama dah tak cerita tentang anak bujang no3 ni.





Azri dah boleh sebut IBU with signs :) Muncung-muncung mulut nak sebut BU tu. Haha.



Tak kesahlah walaupun dia belum paham lagi "IBU" tu merujuk kepada apa/siapa. Setiap kali aku ajar, aku tunjuk diri aku. Dia senyum je. Haha. Memang ni antara er, kekangan dengan anak-anak begini. Sebut tau, tapi apa maksudnya, diorang tak tau. Kau sebut pokok. Dia sebut pokok. Kau tanya mana pokok? Dia tak tau apa ke benda pokok tu. Macam tu la.


Few days back dia cerita, mak bapak yang hantar anak-anak kat situ dapat pop kuiz dengan cikgu. Bagi salam dengan signs. Kahkahkah. Nganga OK. Kami ni guna suku kata terbuka boleh la lagi. Contoh : foto, mama, ibu, mana, yada yada yada. Masuk bab "Assalamualaikum". Peh, mau bersilat jari tangan semua ke atas ke bawah nak nyebut.


Aku baru master 4 gesture.
1st, untuk huruf F, T, M
2nd untuk huruf B, N
3rd untuk huruf S, H, R
4th untuk SY, W, L

ada lagi 4. Meh la aku tempek kat sini. Senang aku nak rujuk in future. Master la sangat. Buat perkataan panjang2, mau blur kejap aku nak pikir.


Pic credit to http://www.homepages.dsu.edu/mortensd/PersonalInterests.htm

Anyway, placement untuk bahasa melayu bagi huruf vokal tak sama macam dalam gambar kat atas ni. Konsonan wise, OK. Benda ni berbeza letak kat mana sebab nak mudahkan orang yang buat Cued Speech ni boleh kenal kau tengah cakap BM ke, cakap omputeh. Gitu.

4 ulasan:

maya amir berkata...

beb..dari dulu aku nak tanye...tapi sbb dah amat jarang (tadek kot) bukak twitter now this..heheh ..jadik soklan ku tergantung.. sorry ye beb, kalau tanye, azri kenapa ye dear? bile ko detect prob die? hang in there beb..take care!!! *hugs to u & all 4 kiddos* :)

cysev3n berkata...

maya,
aku start risau dari dia 2 tahun sbb xde speech. tp doc mana2 aku pi kata mmg ada budak yg lambat. 4 years old, bawak pi, kesannya dia ada hearing prob. dia guna hearing aid skarang. kau pun take care OK :)

Mynie berkata...

alhamdulillah .. happy to hear about his progress :) he will soon know "ibu!" is you, insya-Allah...

cysev3n berkata...

mynie,
ya.. kitorang slowly introduce satu vocab per day. ibu, bola. ica (adik dia).