Cari Something?

Jumaat, Jun 14, 2013

Buka Akaun Giro-i Untuk Budak 6 Tahun

Tu diaaa.. dah nak masuk 3 bulan aku tulis posting ni.. baru hari ni pi bukak OK.

Memula cerita-cerita, tak boleh bukak sebab tuan punya sebenar masih belum 7 tahun. Aku confuse di situ sebab macam akaun-akaun lain, boleh je dengan syarat ada penjaga/pemegang amanah.

Tapi lepas dapat jumpa pegawai, boleh. Kira macam akaun amanah. By tuan punya buku sebenar turns 7, kena buka buku sendiri.

Aku bawak MyKid dengan Kad OKU saja tadi. Mula-mula nak surat beranak juga, tapi sudahnya MyKid mencukupi. So, dokumen yang perlu tadi, IC mak/bapak, MyKid dan Kad OKU. Serta RM50. Ya, thats the minimum amount required to open an account.


Gedebuk gedebak dalam dekat setengah jam jugak la. Soalan last aku sebelum blah dari kaunter adalah berkenaan internet banking. Jawapan dari teller,

Tak boleh.




Tiada ulasan: