Cari Something?

Rabu, Disember 11, 2013

Kedai Jual Baju Sekolah Canggih Beserta Diskaun

Ada satu malam ni, aku merasa la time off kejap dok rumah. Dia hantar aku ke Jusco. TAPI, aku bawak Nisa sekali. Boleh? Hahahahahaha.


Budak kecik ni, kalau kat rumah macam tak keruan dok dalam rumah. Asik pakat nak berjalan je. So, aku bajet, dia akan berjalannn je la dalam Jusco. Oh, memang.. Bayangkanla aku tengah stand still ngadap/belek-belek barang yang nak dibeli, dia start la tarik-tarik tangan pergi berjalan. Abis camne nak membeli? Sudahnya aku dukung dia. Menggunakan segala mala skill yang ada untuk membelek barang dengan sebelah tangan lagi.


Bila tak larat, aku turunkan, dia akan start tarik-tarik tangan lagi. Promoter nak tulis slip pun kena cepat-cepat.


Time nak membayar pun gitu. Syukurlah aku pergi time Jusco dah nak dekat tutup. Queue kat kaunter tak berapa nak ada. Tapi, tetaplah. Sudahnya aku dukung dia letak atas kaunter. Duduk situ diam-diam. Hahahaha. Rasakan.


Sesambil tu sempat jugak aku jeling-jeling area jual baju sekolah. Alpha Kids ada less 10%. Canggih takde. Aku tanya je terus. KIKO tak pasti. Tapi ada bebeberapa tempat aku dah riki ada yang jual Canggih at 10% less. Contohnya BILLION di Port Dickson. Ada juga kedai dekat-dekat area Giant Taman Permata. Dapat free gift some more kalau beli sekian-sekian amaun. 10% pun.. Kalau total dah cecah ratus-ratus, puluh-puluh jugak kita dapat save, kan?



 

Tiada ulasan: