Cari Something?

Friday, December 13, 2013

Pantang Budak Berkhatan

Alhamdulillah. Anakanda yang sulung dah selamat berkhatan. Patutnya berdua dengan adiknya. Tapi lepas member dah siap-siap pakai kain pelekat, masuk je bilik doktor, terus pecah empangan. Cancel terus. Bak kata doc, kalau dia resist, lagi payah nanti.


Padahal dah laaaaama bagitau plan nak berkhatan ni. Kata kuncinya lepas settle kenduri kahwin MakCu diorang. Tetaplah. Malam sebelumnya lagi dia dah mula cuak. Tapi pagi nak pi klinik tu, OK je pi mandi segala. Well, ALLAH knows best.

Doc bagi 3 ubat. Antibiotik, tahan sakit dengan krim nak sapu. Tapi krim tu untuk mata. Agak muskil di situ. Lepas buang air, kena keringkan area "tu". Aku tak beraniii. Abahnya lap dengan kain bedung adik baby dulu-dulu, nangis-nangis member. Aku boleh bagi sokongan moral dengan memegang tangannya sahaja.

Lepas-lepas tu, pakat tala kipas je. Boleh?


Berbalik kepada topik post ini, anak dah selamat berkhatan, barula aku gedik nak menggoogle apa yang boleh makan apa yang tidak. Antara menu yang boleh dimakan

nasi lemak, sup ikan (definitely bukan sup ayam), dan pizza.

Tu pun permintaan anak bertuah ya. Bab2 makan ni memang payah sikit sebab dia memilih. Kang aku bagi lauk macam orang pantang bersalin, say lebih lada hitam, taknak. Halia melampaui batas pun dia kuis-kuis je. Apapun, first day lunch tadi selamat dia makan nasi dengan siakap goreng.


Cepatlah baik anakanda. Kita nak balik kampung sebelum cuti sekolah bukak ni.

1 comment:

Unknown said...

Sunat yang klamp ke cemana? Skrg ni kan macam2 kekdahnya sampai kompius nak memilih :)

Anak sulung belum sunat lagi. Kena kuruskan badan kata doktor. Adoi la hahaha.