Cari Something?

Selasa, Disember 10, 2013

Persediaan Ke Sekolah 2014 Part II

Sepatutnya malam tadi projek beli baju sekolah dan kasut sekolah. Akan tetapi, anak dara yang bongsu tidur awal la pulak. Atas bahu abahnya some more. So, kita ke Plan B -- tulis nama atas buku. Dah masuk 4 tahun anak sekolah, tetaplah TULIS. Hari tu ternampak kat kedai stationery mana ntah. Buat cop nama anak RM5 satu. Kalau 2 dah RM10. Lepas beli aiskrim satu bekas besar. Hahahaha. Ke situ pulak aku kan..


Masih 2 orang yang sekolah kebangsaan tahun depan. Azri akan terus di PDK nampaknya.


Pembalut buku dah beli. Tak tau la cukup ke tidak. First time beli yang nak balut from scratch. Sebelum-sebelum ni ekspress mari. Tapi plastiknya tak tahan. Sebenarnya budak-budak ni "pandai" sangat jaga. Tapi buku teks Darjah 4 belum dapat lagi. Buku teks Darjah 3 memang dah berbalut.


Aku tak sabar nak beli baju sekolah. Sebab ada task lagi lepas-lepas tu.. Jahit badge dan basuh. Hui.. Jahit badge tu agak menahan. Boleh je nak pi hantar upah. Tapi benda bukan buat selalu. Bila lagi nak asah skill yang tak berapa nak ada ni.


Sekian dulu.


Tiada ulasan: