Cari Something?

Wednesday, February 19, 2014

Resipi Kek Coklat Versi Bakar Yang Sedap Pada Tekakku

Dah laama buat kek ni. Tahun lepas lagi. Sejak dah buat hari tu, aku pun dah lost count berapa kali repeat. Tapi memandangkan tiada kerajinan mengupdate blog, maka baru hari ni aku terpanggil nak mengabadikan resipi di sini. Senang nak rujuk di kemudian hari.


Melimpah choc ganache. 


Aku gunakan resipi k Ita Masam Manis. Sapa tak kenal kak Ita? Ha, link blog beliau ada dalam seksyen Masak-Masak kat belah paling kanan blog ni. Link asal resipi kat sini ya.

Tak payah cakap banyak. Ni resipinya.

Bahan A
300 gm tepung gandum
100 gm serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat

Satukan semua bahan. Ayak dan ketepikan

Bahan B
3 biji telur gred A
400 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla

Bahan C
250 ml susu cair
250 ml minyak jagung

Untuk mendapatkan kek yang lebih moist dan lebih lembut, bolehah tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis.

Bahan D
250 ml air panas

Cara-Cara mau bikin :)
Satukan semua bahan B
Pukul hingga putih
Masukkan minyak dan susu cair, jika nak lebih moist boleh tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis
Pukul hingga sebati

Masukkan bahan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit dan kaup balik adunan dengan spatula. Putar sehingga ia sebati aje, jangan lama kerana nanti banyak udara terperangkap dalam adunan kek dan kek kita berlubang-lubang bila kita potong.

Adunan yang telah dikaup balik dengan spatula
Tambahkan air panas dan gaul rata
Tuang adunan dalam loyang bulat atau empat persegi ukuran 8 inc yang telah di gris dan di lapik dasar loyang dengan kertas minyak

Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C
Masa pembakaran 1 jam sehingga 1 jam 1/2 bergantung kepada kepanasan ketuhar.
Untuk memastikan kek telah dibakar sempurna, cucuk tengah kek secara sendeng dengan lidi bersih.
Bila lidi keluar licin, ini bermakna kek telah di bakar sempurna.
Jika tidak tambahkan lagi masa membakar.


Selamat buat kek!

No comments: