Cari Something?

Selasa, April 29, 2014

Pengalaman Terima Wang dari Western Union

Lanjutan dari post A Payment from Google Adsense tempoh hari, 2 hari lepas dapat MTCN, kami tuju ke bank yang tawarkan khidmat Western Union.


Mula-mula nampak Kuwait Finance House. Dah isi-isi borang, tunggu punya tunggu, selagi bila sampai giliran aku, teller kata "Maaf, kami tak process untuk company."

Duh.

Next pi CIMB (only later aku realise CIMB tak carry lagi service Western Union. LOL). Pastu pi BSN. Tapi bila aku mention pasal Google, memasing geleng kepala.

Takpelah. Belum rezeki nak cash out.


Balik rumah, google lagi sana sini. Sudahnya aku siap post kat forum tanya area rumah aku ni, hat mana yang senang nak cash out.


So, akhirnya ke RHB. Pi kat kaunter nombor, sebut Western Union, amik borang warna kuning - TO RECEIVE MONEY. Isi-isi.. then bila nak amik nombor, staf situ check borang aku. Tu diaaaa.. banyak lagi aku tak isi. Kahkahkah.


Dah dapat nombor, satu hal lagi nak kena soal jawab kat kaunter.


Betul tak keje?
Betul..
Ha, tulis surirumah.

*tulis*

Dah kawin?
Abis tu, saya nak jadik suri kat rumah sapa?
Mana la tau.


Tak agak-agak soalan.


Anyway, untuk panduan pada masa akan datang, khasnya untuk yang datang baca posting ini, kat bahagian Pengirim/Sender tu,

Nama Penuh/Full Name - Google Ireland Ltd
Nama Keluarga/Sur Name - *tinggalkan kosong*
Bandar/Negara - IRELAND

Kat bahagian bawah-bawah tu, ada lagi soalan. Tanya ID, Nature of Business. Untuk apa bayaran ni. Aku tulis je Adsense. Bila staf tanya, aku jawab je..

Anyway, kat borang tu, bila diorang dah print, nampaknya duit short USD0.50. Takpelah, yang penting dah dapat duitnya.

Oh, exchange rate adalah pada kadar 3.2.

Sekian.

Tiada ulasan: