Cari Something?

Friday, June 06, 2014

Jalan-Jalan ke Melaka Bandar Raya Bersejarah

Amboi. Lama pulak blog ni berhibernasi. Hahaha. Tuan tanah kurang sihat uols. Baru jalan ke Melaka dah tumbang. Acaner nak jalan-jalan ke luar negara kaedahnya ni?


To cut it short, kali ni, cuti sekolah ini, kami ke Melaka Bandar Raya Bersejarah dari 1 hingga 3 Jun lepas. Hari ketibaan punyalah jam. Ada satu area tu, kereta berjujuk-jujuk. Kesannya, tu diaaaaa. queue panjang melingkar nak beli Coconut Shake Klebang!


Gambar diambil ketika sangkut dalam jam. 
Anak tanya, sapa pulak yang tinggal kat Pokok Mangga?


Sampai hotel dah nak dekat pukul 6 petang. Solat Asar, lepak-lepak kejap lepaskan lelah. Lepas Maghrib, keluar cari makan. Main redah je. Sampai la ke area Pantai Klebang. Belasah je la otak-otak, sup campur, kepah cili dengan tomyam daging.

Pastu ronda-ronda bandar Melaka. Ternampak bas Panorama London 2 tingkat tu! Aaaaaa. gediknya rasa nak naik. Takpe, takpe. Esok masih ada.


Day 2 - Isnin 2 Jun 2014

Pagi-pagi lagi anak-anak dah bangun. Excited gamaknya. Sokmo cuti sekolah je pi Cameron Highlands. Kali ni kita cuti ke bandar. LOL. Shopping mall bersepah. Nak apa? Mahkota Parade? Dataran Pahlawan? Hatten Square? Pilih je. Siap ada yang cakap nak tengok wayang. Dah kenapa? Kat KL tak boleh tengok?


First thing first, dia keluar cari breakfast. Dah selesai, dalam 9pagi lebih sikit tu, kami keluar la. Parking dekat-dekat dengan Menara Taming Sari. RM5 untuk sepanjang hari katanya. Sempat pulak Nisa membuang, merasa la aku menjengah tandas awam kat situ. Bersih sungguh! Tak padan dengan RM0.30.


Tanpa membuang masa, kami menapak ke A Famosa. Tak cukup dengan tu, siap panjat lagi tangga naik ke atas. Gigil segala lemak yang ada. Tu bukan aku dukung Nisa tu. Budak-budak ni relaks je. Aaaaaa. Semput nak kejar! Sampai je atas, terus beli air. Mujur la takde situasi menekan harga terlampau.

Ambik gambar sana sikit. Ambik gambar sini sikit. Then turun.


Menapak lagi sampai ke Cendol Jam Besar. Yang kat tepi sungai tu. Sempat la tengok entah-berapa-banyak bot/kapal lalu.

5 ABC Special + Aiskrim dan 1 Cendol Jagung. Dalam ramai-ramai anak, Zeri je yang reti makan, yang lain terkulat-kulat. Pakat habiskan aiskrim je. Segala makneka dalam ABC tu langsung tak sentuh. Geram aku.

Ni apa ni? Tu apa tu? Iskkk.Tau tadi belikan aiskrim je.


Later, dah sejuk badan, kami naik BECA. Jenuh jugak nak menyusun ahli keluarga 7 orang ni. Tapi last-last bantai je. Dia dukung Nisa, naik sekali dengan NaniNani & Zeri. Aku dengan Amir & Arif.

Satu beca, RM15. Dari area Jam Besar sampai ke McD kat Dataran Pahlawan. Jadilah.. Sepanjang jalan brader beca yang kitorang naik tu pasang lagu Basikal Tua by Allahyarham Sudirman. Excited budak-budak ni. Siap nak naik lagi seround. Next time OK?

Perjalanan merayau di Melaka diteruskan dengan menaiki Menara Taming Sari.

Habis semua MyKad & MyKid aku keluarkan. Termasuk kad OKU Azri. Belasah je. Hahaha. Untuk pemegang MyKad & MyKid dapat diskaun 50% uols. Sapa tak nak. Oh, Nisa yang belum 2 tahun pun kena bayar kesahnya. Aku bajet nak loyar buruk la kata dia belum 2 tahun pun. Tapi cashier kata, kalau ikut tahun, 2 tahun kan? Hahaha. Betul tu, 30 markah untukmu.

All in all, harga tiket RM40. Zeri FREE.

Time nak pi area menunggu tu, melintas pulak depan area orang jual binokular serbabagai. Merasa kena pau dengan Amir. Tapi budak ni kannnn. Dah disuruh beli yang RM10 tu, dia bawak balik hat RM3. Pastu bebel-bebel itu ini. Nasiblah.

Alkisahnya Nisa tidur daripada masa menunggu tu, sampailah naik atas selama 7 minit tu, sampailah turun bawah, sampailah time nak cari port makan lunch. Sedap berdukung dengan aku agaknya.


Sudahnya kami makan di Cik Nah Cafe. Berdedai-dedai anak beranak lintas jalan. Syukur ada Zebra Crossing. Makan nasi, lauk gulai lemak daging, ayam goreng, kari air bla bla bla dalam RM30. OKlah. Rasa pun boleh bedal sampai licin. Masa nak balik siap tapau lagi 2 ketul ayam goreng. LOL.

Oh, tak cukup ye. Singgah pulak 7-E. Beli roti bagai. Time berjalan ni lapar melampau. Kau jalan 7-8 kilometer tadi pun kejappp je berganti kalorinya.


Rayauan bandar Melaka stop takat ni. Kami balik hotel, solat dan tidurrrrrr.




No comments: