Cari Something?

Isnin, Jun 09, 2014

Jalan-Jalan ke Melaka Bandar Raya Bersejarah Part II

Dah tidur kaw-kaw, masa untuk makan. Hahaha.

Dia kata, dah alang-alang datang Melaka, haruslah makan seafood. Google google, maka sampailah kami di sini. Waktu time tu dalam 6.30 petang.

Tadaaaa. Muara Sg Duyung

Kat area parking, kereta punya la banyak. Dia kata, ni orang datang memancing kot sebab dari luar nampak macam kosong. Oh, awal lagi ni. Orang tak ramai. Sekali kau masuk, tu diaaa. Kat belakang tu. Yang kat laut tuuu, ramainya umattttttt. Ni pukul berapa dapat makan ni?


Sebagai co-pilot, sementara dia dok pilih lauk apa nak makan, aku kenala jadi jaga askar-askar 5 orang ni. Too bad ada orang smoking kat situ. Mujur by the time air sampai orang tu pun blah.

Nasi lemak 5 bungkus (sedap uols), air kelapa (pure la aku rasa. Takde rasa gula. Termasuk la jelly kelapanya sekali), milo ais bla bla bla, kerapu masak tiga rasa, sotong goreng tepung, udang butter (kot?) Selesaiii. Manis udangnya. Tapi bajet Ogy dalam Ali Setan -- "I tak makan udang" gitu, aku lebih banyak makan sotong goreng tepung. Sedap. Kerapu tu lebih dilenjan oleh anak-anak bujang. Aku dapat la rasa 3-4 kali. Jadilah. Janji ada sotong goreng tepung. Heeee.


Sejam lepas tu, tau2 dah ada atas jalan nak balik hotel. Cadangnya nak naik bas dua tingkat Panorama London tu. Dah siap riki harga tiket semua. 

RM5.00 untuk adult, RM2.50 untuk budak-budak. 

Tapi masing-masing kenyang sangat makan. Santak perut. Tak pasal ada yang muntah atas bas. Hahaha. Dah la ada yang jenis keturunan mabuk naik bas. So kitorang amik keputusan balik hotel dulu untuk rest. Konon. Nanti. Nak. Keluar. Balik.



KONON. Tidur terussss.


Day 3 -Selasa 3 Jun 2014

Pagi-pagi bangun dah dentum-dentum tengah laut. Guruh kata dia. Memang nampak angin kuat. So, that's it. Memang takde rezeki nak naik bas Panorama hari ni. Next time OK, anak-anak. Diorang pun enjoy datang Melaka. So nampak gayanya kena la repeat. Aku pun belum sempat nak rasa Coconut Shake Klebang. LOL.

Lepas sarapan, siap-siap. 9.30pagi dah checkout. Hujaannnnnn sepanjang jalan.

Till then Melaka. 

Tiada ulasan: