Cari Something?

Thursday, June 19, 2014

Sekolah Buka Semula dan Perihal Ganti Puasa

Sekolah dah start semula sejak Isnin lepas. Aku masih in denial.

Sebabnya, sebelum balik ke JB tempoh hari, aku dah siap-siap basuh baju sekolah & gosok semua sekali. So masa nak naik sekolah baru ni, takde la sesi gosok menggosok baju. Weekend ni baru nak start. LOL

By the way, aku tengah skodeng pasal cuti sekolah time raya pulak. Boleh? Dengarnya sampai 3/8/2014. Start bila tak pasti. Kalau sekolah-sekolah yang cuti hari Jumaat, 24/7 tu last day.


Apapun, dalam cuaca yang panas berbahang yang orang dok panggil El Nino ni, aku harap semua urusan kita dipermudahkan oleh-Nya. Puasa pun dah dekat. Less than 2 weeks OK.


Cakap pasal puasa, sapa belum habis ganti lagi? Hahaha. Aku pun last minute jugak weh. Terkejar-kejar abiskan. Hari tu delay sebab asyik kena catuan air je kat Selangor ni. Apa kaitan puasa dengan catuan air, aku pun tak pasti. Saja je buat alasan kaedahnya. Bila catuan dah tamat awal bulan Mei tu, liattttt jugak. Dasar. Syukur alhamdulillah, aku dah tamatkan proses ganti puasa minggu lepas.

Bajet praktis untuk puasa akan datang (ya ALLAH, sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan). Agak tough ya. Nisa masih menyusu gaya-gaya baby walaupun dah makan & minum benda-benda lain. Dengan tambahan cuaca panas ni. Pulak tu aku ngada-ngada berpuasa dengan sahur makan roti je. Tak pernah buat sebelum ni sebab aku ni PEMAKAN NASI TEGAR untuk sahur.

Menjelang Asar je, dah menggelupur. Haha. Sendiri cari pasal, ginilah. Mujurlah time-time ganti puasa tu tak payah masak. Boleh tapau je.


Selamat menyambut Ramadhan yang akan datang. Take care korang!



No comments: