Cari Something?

Khamis, November 27, 2014

Kek Batik Versi Horlicks Coklat


So, nak dijadikan cerita, ada beberapa bungkus biskut Marie dok melambai-lambai dalam kabinet. Jadi, aku amik keputusan untuk menukarkan mereka menjadi Kek Batik. Tapi since kitorang memang dah agak lama tak membeli Milo, rasa blur sekejap nak dibatikkan dengan apa biskut-biskut Marie itu. Rujuk post ini. Cewah, siap nak kena rujuk.


Bila dah rujuk, baru aku perasan Horlicks coklat yang tak berusik. Mari ke sini kau.

Dalam resipi, 200gram Milo je, tapi yang ni, aku curah sesedap rasa. Pergh, memang boleh kenal la ni guna Horlicks, bukan guna benda-benda lain. Aku curah serbuk koko, aku letak Indocafe. Sesuka hati tambah, memang takde sukatan dah dalam kamus kek batik kali ini. Bajet nak kurangkan rasa Horlicks tu la konon.


Gedebuk gedebak gedebuk gedebak. SIAP.


Tiba masa diorang test --

Ibu pakai apa ni? Bukan Milo. Bukan VICO.


Aaaaaaaaa.. ibu pakai Horlicks. Apsal? Tak sedap?

OK je.


OK je pun. Selalu berbaris-baris korang makan, ni luak sebaris je? Takpe. Kita tunggu lagi lepas ni macam mana.





Tiada ulasan: